Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSyazia Atelier Berjaya Menembusi Pasaran Antarabangsa dengan 'Fashion Show' Pertama di Kota...

    Syazia Atelier Berjaya Menembusi Pasaran Antarabangsa dengan ‘Fashion Show’ Pertama di Kota Paris Selepas Setahun Mula Beroperasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    syazia parissyazia paris

    Jenama fesyen tempatan, Syazia Atelier mula melangkah jauh apabila baru sahaja selesai mengadakan pertunjukan fesyen pertama di Place Vendom, Paris, baru-baru ini.

    Masih hijau dalam dunia fesyen

    syazia parissyazia paris

    Menurut Datuk Suhaila Semaru selaku pemilik jenama Syazia Atelier, berkata perniagaannya baru setahun jagung ditubuhkan. Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk dirinya berdiri dalam kelas tersendiri dan terus melebarkan sayap.

    Kami baru sahaja ditubuhkan pada akhir 2023. Pada tahun 2024, jenama ini berjaya menempatkan diri dalam kelas tersendiri untuk bersaing dengan jenama antarabangsa. Kami mulakan langkah dengan acara pertunjukan fesyen di kota Paris.

    Paris adalah kota fesyen yang terkemuka di mata dunia. Jadi, kami memilih Paris untuk menjadi saksi pertunjukan fesyen pertama kami.

    Perkenalkan batik

    syaziasyazia

    Kata Suhaila, dia memilih untuk mempersembahkan lapan koleksi resort mengetengahkan motif batik Malaysia yang diberi sentuhan moden.

    Ditanya kenapa batik menjadi pilihan, jawabnya kerana dia anak jati Terengganu selain merasakan ia amat sesuai untuk pasaran antarabangsa.

    Kenapa memilih batik? Saya anak jati Terengganu. Saya mahu tampilkan bakat tempatan yang mempunyai pelbagai idea kreatif. Pereka batik saya merupakan anak muda tempatan berbakat dan ini masa mereka bersinar.

    Dalam koleksi resort wear ini, kami menggunakan rona jingga dan merah jambu. Dua warna diramalkan sebagai warna kegemaran ramai pada tahun 2024 dan 2025. Selain itu, jenama ini juga baru sahaja memperkenalkan koleksi ‘ready to wear’ (RTW) untuk Hari Raya.

    Dalam pada itu, Suhaila berharap agar langkah kecil ini dapat diterima positif oleh orang ramai terutama untuk penggemar batik.

    Kami berharap usaha kecil ini mendapat maklum balas positif untuk mengangkat seni batik kita di persada dunia. Semoga langkah ini boleh meletakkan jenama Syazia Atelier untuk menembusi pasaran global.

    Kami berharap, jenama yang kami banggakan ini dapat bermula dengan baik di Malaysia dan seterusnya di luar negara, insya-Allah.

    ALSO READ:  Fattah Amin Tak Tahu Lagu Duet Dengan Fazura Bakal Lancar, Perceraian Bukan Gimik

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts