Usahawan dan personaliti media sosial, Syifa Melvin membuat laporan polis terhadap individu yang menghina anaknya, Saif Sulaiman.
Tindakan Syifa
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Syifa atau nama lengkapnya Nur Syifa Atirah Amirul Melvin dilihat sedang memegang sehelai kertas iaitu laporan polis sambil menyanyikan lagu Gerimis Mengundang.
Syifa ke MCMC
Pada hantaran lain, usahawan berusia 30 tahun itu kemudian memberitahu bahawa dia akan ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan seterusnya.
Maaf lambat buat laporan polis sebab baru baru turun dari Bukit Tinggi. Maaf sangat.
Esok kita pergi MCMC, sebab malam sudah tutup.
Terdahulu, adik kepada aktres Syatilla Melvin itu meluahkan rasa berang apabila seorang individu menghina wajah anaknya seperti haiwan.
Dalam masa yang sama, Syifa turut meminta bantuan orang ramai untuk mencari individu disebalik akaun tersebut.