Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 9, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentSyifa Melvin Tak Pernah ‘Target’ Berjodohan Dengan Pemain Bola Sepak – ‘Korang...

    Syifa Melvin Tak Pernah ‘Target’ Berjodohan Dengan Pemain Bola Sepak – ‘Korang Perasan Tak Kita Akan Dapat Yang Sekufu’

    -

    Shopee CNY Sale


    syifa jodohsyifa jodoh

    Usahawan dan pempengaruh, Syifa Melvin mendedahkan dia banyak menerima soalan berkenaan jodohnya dengan pemain bola sepak negara, Safawi Rasid.

    Soal jodoh

    syifa jodohsyifa jodoh

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Syifa atau nama lengkapnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, menjawab pertanyaan daripada salah seorang pengikutnya tentang jodoh dengan pemain bola sepak.

    Menurut Syifa, dia sama sekali tidak pernah merancang soal jodoh malah dia sendiri tidak mengetahui tentang arena bola sepak tempatan.

    Apakah kita boleh target nak jodoh kita siapa? Kerja apa? Duduk mana? Gaji berapa? Berapa adik-beradik? Mustahilkan nak custom jodoh kita.

    Syifa dulu bola pun tak tengok, lagi lah tak kenal siapa pemain bola. Tak adanya nak target bagai.

    Adik kepada aktres Syatilla Melvin itu juga percaya bahawa semuanya telah diaturkan oleh Allah SWT selain yakin jodoh adalah cerminan diri.

    Dah Allah kata tu jodoh, dengan siapa-siapa pun akan berjodoh, dah kerjaya dia pemain bola sepak, nak buat macam mana?

    Jodoh ni, korang perasan tak kita akan dapat yang sekufu, selevel. Kalau daddy saif bukan jodoh Syifa, takkan terjadi akad 28.11.2022.

    Ingat kalau tak jodoh, memang takkan berjodoh. Kalau jodoh, pergi hujung dunia pun akan berjodoh.

    Untuk info, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi Rasid pada 28 November 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya.

    Syifa selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Saif Sulaiman, pada 30 September lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,180FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts