Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSyura Badron Berang Dituduh Netizen Sebagai ‘Penunggang Agama’!-“Saya Bagi Masa 24 Jam…”

    Syura Badron Berang Dituduh Netizen Sebagai ‘Penunggang Agama’!-“Saya Bagi Masa 24 Jam…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Syura Badron meluahkan rasa berang terhadap segelintir netizen yang masih mengecam dirinya berhubung kes mahkamah lima sekawan yang melibatkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana biarpun mereka telah sepakat untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain.

    Digelar ‘Penunggang Agama’ & ‘Betina Sundal’?

    Syura, menerusi hantaran di Insta Stories dilihat memuatnaik tangkap layar beberapa  komen netizen yang memberikan komen yang biadap seperti menggelar dirinya sebagai ‘betina sundal’ dan ‘penunggang agama’.

    “Please DM saya atau saya bawak komen-komen awak ni ke lawyer saya. Tuduhan ‘penunggang agama’ ni too much ya! Saya bagi masa 24 jam untuk awak DM saya! Jangan cabar saya!.”-berang Syura di Instagram

    Tidak Teragak-Agak Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang

    Akui menerima segala teguran dengan hati yang terbuka, Syura menegaskan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang melemparkan kata-kata makian dan hinaan secara dalam talian ataupun terbuka.

    “Korang-korang yang nak menegur, saya terima dengan hati yang terbuka, tapi tak perlu sampai memaki dan menghina.

    Saya juga takkan teragak-agak ambil tindakan kalau masih ada yang memaki dan menghina secara DM ataupun public.

    Kalau ada yang nak merasa naik turun mahkamah, sila teruskan berbuat demikian. Tunggu je surat lawyer dari saya.”-tegas Syura lagi

    Sekadar info, kes saman fitnah yang melibatkan penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias terhadap lima rakan artis termasuklah Syura Badron menerusi sesi live di Instagram telah berakhir secara baik apabila kedua-dua pihak membuat keputusan untuk bermaaf-maafan serta tidak lagi mahu melanjutkan perbicaraan mahkamah yang berlarutan selama dua tahun.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts