Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kes kematian kanak-kanak autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matin selepas mayatnya ditemukan di aliran anak sungai berhampiran kediamannya di Damansara Damai selepas dilaporkan hilang pada Selasa.
“Banyak Sangat Spekulasi Yang Netizen Serba Tahu Ni Buat…”
Isu berkenaan turut mendapat reaksi oleh penyanyi, Syura Badron menerusi hantaran di Instagram yang meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang mencetuskan pelbagai spekulasi termasuklah mempersoalkan kecuaian ibu Zayn Rayyan atas kehilangan budak autisme ini sebelum diklarifikasikan sebagai kes bunuh.
“Banyak sangat spekulasi yang netizen serba tahu ni buat. Tuduh mak dia cuai la, tuduh mak dia dah tak nak jaga anak dia laa. Apa masalah korang ni?”-tulis Syura di Insta Stories
Mohon Orang Ramai Mendoakan Yang Baik-Baik
Tambahnya lagi, netizen terlibat seharusnya mendoakan yang baik-baik daripada terus melakukan pelbagai spekulasi tanpa mengetahui akibatnya kelak.
Cuba belajar mendoakan yang baik-baik dari terus terus buat spekulasi yang korang sendiri tak tahu apa akibat-akibat dari spekulasi korang tu. Allahuakbar.”-tulis Syura lagi
Dipetik dari laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain, menyatakan bahawa hasil bedah siasat terhadap Zayn Rayyan mendapati mangsa telah meninggal dunia 48 jam di lokasi lain sebelum ditemui.
Malah, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian leher, yang berkemungkinan besar akibat dicekik atau dijerut.
Sama-sama kita doakan agar pembunuh kanak-kanak autisme ini bakal ditemui pihak polis dan mendapat hukuman yang setimpal.