Suami kepada penyanyi, Syura Badron dilihat berkongsi keadaan terkini suaminya, Muhammad Farizat yang kini sedang dirawat di hospital disebabkan melecur kerana letupan gas memasak pada Isnin.
Syura, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, memaparkan dirinya sedang memeluk wajah suaminya yang berbalut pada bahagian kepala, tangan, dan kaki disebabkan melecur yang teruk.
“Tetaplah kuat suamiku. Supaya aku juga terus kuat dengan ujian ini. Kita diuji kerana Allah tahu kita mampu hadapinya. Percayalah, akan ada ‘pelangi’ untuk kita nanti.
Janji dengan saya, awak akan sentiasa kuat dan saya sentiasa akan berada di sisi awak! Love you my husband.”-kongsi Syura di Instagram
View this post on Instagram
“Perit Pedihnya Luka Melecur Ni…”
Perkongsian Syura mencetuskan rasa sebak netizen serta rakan selebriti apabila melihat keadaan terkini suami penyanyi berusia 38 tahun ini, malah ramai yang menitipkan doa agar Farizat diberikan kesembuhan dengan cepat.
“Allahuakhbar, semoga diberi kesembuhan buat Ijat. Korang kuat 💪🏽Semoga Allah gantikan dengan ganjaran luar biasa buat korang berdua Amin Ya Rab.”-Zulin Aziz
“Kuat ya Syura buat suami .. Allah Akan menyembuhkan ijat.. sedih kita tengok video ni…”-Azza Elite
“Ya Allah 😭🤲🏻 moga lekas sembuh..Aamiin Ya Allah.”-Shiha Zikir
“Allahuakhbar semoga Allah mudahkan urusan kakak .ya Allah hebatnya dugaan korang😭😭😭😭.”-Syaheera Rahman
“Kuat ye korang…. Segera sembuh Ijat.”-Liza Hanim
“Semoga cepatlah sembuh seperti sediakala. Allah… Perit pedihnya luka melecur ni 😢.”
Sama-sama kita doakan agar suami kepada Syura diberikan kesembuhan..Apa komen anda?