Penyanyi, Syura Badron berdepan ketakutan tatkala berada di dapur untuk memasak susulan terkenang insiden tong gas meletup sehingga mengakibatkan suaminya, Muhammad Farizat mengalami kecederaan.
Syura Badron fobia?
Menerusi hantaran di Instagram, Syura atau nama lengkapnya Zuraidah Badron, 38, mengakui perasaan fobia menyelubungi dirinya apabila mengenangkan kembali insiden cemas yang menimpa suaminya, baru-baru ini.
Orang tanya, tak fobia ke nak masak? Tipula kalau tak fobia.Rasa takut setiap kali nak mula masak. Macam-macam dalam kepala ni.
Walau bagaimanapun, pelantun lagu Ego ini berkata, di terpaksa melawan perasaan takut apabila memikirkan anak bongsunya, Muhammad Umar Eussof yang tidak gemar menjamah makanan yang dibeli dari luar.
Tapi nak buat macam mana kan. Tetap kena masak sebab Umar sejenis yang takkan makan makanan luar. Kita memang berserah je. Semoga Allah lindung.
Sekadar info, suami kepada Syura iaitu Muhammad Farizat mengalami melecur pada bahagian muka, kaki dan tangan disebabkan tong gas yang meletup ketika menginap di sebuah inap desa.
Bagaimanapun, keadaan Farizat semakin pulih dan balutan pada mukanya juga sudah dibuka.