Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Tahan, Beku Jenazah Bayi Disifatkan Penganiayaan, Menyalahi Hukum Syarak’ – Pensyarah Pengajian...

    ‘Tahan, Beku Jenazah Bayi Disifatkan Penganiayaan, Menyalahi Hukum Syarak’ – Pensyarah Pengajian Islam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kisah mayat bayi didakwa telah dibekukan dan ditahan selama 16 hari di sebuah hospital swasta kerana bapanya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menguruskan jenazah tersebut mencuri perhatian ramai di media sosial.

    Terbaru, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin memberi pandangannya berhubung isu tersebut.

    Satu penganiayaan fizikal

    Menurut Dr Mohd Hapiz, menyimpan jenazah di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu adalah tidak wajar kerana ia menyebabkan kelewatan pengebumian jenazah yang sepatutnya disegerakan jika tiada sebarang keuzuran.

    Tindakan penahanan disebabkan menunggu si bapa untuk menyelesaikan kos bersalin ibunya bukanlah suatu keuzuran syarie (seperti kes pembunuhan, kemalangan dan sebagainya yang perlu dibedah siasat) kerana tuntutan kos itu boleh diselesaikan dengan cara lain.

    Dalam hal ini, ia menjadi satu penganiayaan fizikal yang menyalahi syarak yang tidak wajar dibiarkan berulang sekali lagi.

    Tambah Hapiz, terdapat beberapa perkara berkaitan hukum syarak yang perlu dipertegaskan berhubung perbuatan menahan jenazah bayi berkenaan.

    Jika bayi yang dilahirkan sudah berusia enam bulan dan ke atas, maka jenazahnya wajib dilakukan seperti jenazah orang dewasa iaitu dimandikan dan dikafankan, solat jenazah dan dikebumikan. Jenazah bayi berkenaan sudah melebihi usia enam bulan, jadi wajib disegerakan melainkan terdapat keuzuran seperti menunggu kedatangan wali (bapa, ibu atau penjaga yang sah) dalam jarak masa singkat yang mana dipercayai badan jenayah masih elok dan tidak berlaku perubahan (membusuk dan seumpamanya).

    Ujar Hapiz, ia boleh ditangguhkan jika terdapat keperluan (maslahah) yang kritikal seperti wujudnya keraguan tentang punca kematian atau tujuan bedah siasat dalam kes tertentu seperti pembunuhan, kemalangan dan sebagainya.

    ALSO READ:  ‘Susah Nak Cari Wife Material Macam Makwe Ni’ – Idzham Ismail Jawab ‘Permintaan’ Netizen Nak Jadi Suri Rumah

    Sementara itu, berhubung dakwaan menghina fizikal bayi, Hapiz berkata, seorang Muslim perlu berakhlak Islam dengan menjaga lidah dan tangan daripada menyakiti orang lain.

    Tindakan menghina seseorang dalam semua keadaan adalah suatu yang menyalahi akhlak Islam. Kita seharusnya menjauhi daripada memaki, mencela, dan berkata tidak elok pada orang lain atau mengenai diri mereka.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts