Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTahap Mental Sangat Teruk Apabila Kini Berdepan Kecaman Daripada Pihak Radio, Peminat...

    Tahap Mental Sangat Teruk Apabila Kini Berdepan Kecaman Daripada Pihak Radio, Peminat Setia Belanja Tyzo Tunai Umrah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terlalu banyak keistimewaan Tanah Suci Makkah buat umat Islam. Allah SWT menjadikan bumi kelahiran Nabi Muhammad SAW itu tempat yang aman sehinggakan mana-mana orang yang berkunjung berasa tenteram serta rindu untuk kembali.

    Malah, Tanah Suci Makkah satu-satunya tempat yang diperintahkan Allah SWT untuk mengunjunginya selain pahala solat di Masjidil Haram digandakan sehingga 100,000 kali ganda.

    Bahkan, Allah SWT mengumpamakan Kaabah itu sebagai (al-bait) atau rumah dan tempat berehat seseorang.

    Perkataan (mathaabatan) memberi maksud tempat kembali. Justeru, seseorang yang pernah mengunjungi Baitullah akan merasa ketenangan luar biasa dan pasti merindui untuk kembali.

    Tidak ada seorang pun yang apabila berada di hadapan Kaabah ingatannya akan tersasar jauh daripada mengingati Allah SWT. Seseorang itu juga apabila memandang Kaabah akan hilang rasa kesedihan dan rasa kesempitan daripada dadanya.

    “Tahap mental saya sangat teruk ketika ini dan paling terendah dalam hidup saya.”

    Berbahas soal ini, demikian kata bekas penyampai Suria FM, Tyzo yang terkilan apabila perkhidmatannya sebagai penyampai segmen Suria Petang ditamatkan atas alasan strategi 2024 oleh pihak pengurusan minggu lalu.

    Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain, bagaimanapun tidak menyangka ketika dirinya dihimpit ujian yang cukup hebat, dia menerima pelawaan daripada seorang pendengar setia Suria Petang untuk membawanya mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

    “Saya sedang berusaha untuk kuatkan semangat dan tidak terlalu bersedih dengan apa yang berlaku.

    “Tawaran ini datang kira-kira seminggu lalu, namun, saya hanya beri kata putus lima hari lalu. Jadi, persiapan memang agak singkat, tapi insya-Allah semuanya sudah diatur dengan baik dan semoga saya dapat mencari ketenangan di sana,” katanya.

    Menurut Tyzo, dia mengaku berat badannya sudah semakin menurun, selain menghadapi masalah suara kerana tidak cukup rehat.

    ALSO READ:  Didakwa Tergamak Anjur Makan-Makan Ketika Hari Tyzo Dibuang, Dj Lin Akui Terima Kecaman Terhebat Selama 25 Tahun

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts