Versi reboot filem seram, RAHSIA terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading telah melangkaui pawagam di Kemboja bermula 15 Januari lalu.
Menembusi Pawagam Kemboja
Untuk pasaran di Kemboja, filem Rahsia menggunakan tajuk yang diterjemahkan dalam bahasa tempatan iaitu ទាយាទស្នងអាគម (Heir of the Black Magic).
Pada tahun lalu, Rahsia telah berjaya mencatatkan kutipan pawagam sebanyak RM6.2 juta.
Rahsia diarahkan oleh Shamyl Othman, yang juga merupakan anak kepada pengarah filem asal iaitu Othman Hafsham, manakala skrip ditulis oleh penulis hebat dan pencipta siri popular One Cent Thief, Alfie Palermo.
Pelakon-pelakon Rahsia termasuklah Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah dan ramai lagi.
Kisah Seram Kekeluargaan
Cerita ini mengisahkan Ramlah yang pulang bercuti ke rumah bapanya, Tan Sri Karim sempena ulang tahun kelahiran beliau, bersama suami serta dua anak mereka, Marina dan Saiful.
Namun, keadaan menjadi kelam kabut apabila Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.
Pihak polis yakin Saiful hilang, tetapi Ramlah mula diganggu oleh kehadiran anaknya. Berjaya kah Ramlah menyulitkan rahsia di sebalik kehilangan tersebut?
Ikuti berita dan klip menarik tentang Rahsia di Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.