Siapa yang tidak kenal dengan Along Cham yang merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia.
Dia memulakan kerjayanya menerusi penglibatan dalam program realiti Raja Lawak musim kedua bersama Azrul.
Pernah Mendirikan Rumah Tangga
Sebelum ini Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron pada 23 Januari 2010.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Daniel dan pada 13 Ogos 2016, isteri pelawak itu ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.
Along dan Zila kemudiannya membuat keputusan untuk bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.
Selepas lapan tahun memegang status duda, pelakon dan pelawak Along Cham akhirnya kembali bergelar suami dengan wanita pilihannya.
Kembali Bergelar Suami
Menerusi perkongsian di Instagram, Along dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang diadakan di sebuah masjid.
Apa yang dikongsikan oleh Along, dia memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kebahagian untuknya.
Bismillah… Assalammualaikum Sayang.
Berkat doa kalian selama ini, terima kasih atas doanya
Melihat diruangan komen, ramai selebriti dan rakan artis turut menzahirkan rasa syukur di samping mengucapkan tahniah kepada Along atas perkhawinannya itu.
Alhmdllh sahabat ku. Selamat berbahagia.
Yeayyyyy!!! Tahniah babe!!!!!
Along! Tahniah!
Malah netizen juga turut mendoakan agar perkhawinan Along akan kekal sampai ke syurga. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Along!