Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTahu Tak Kerap ‘Kopek’ Kulit Sampai Berdarah Tanda Kamu Berpenyakit?

    Tahu Tak Kerap ‘Kopek’ Kulit Sampai Berdarah Tanda Kamu Berpenyakit?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tabiat suka mengopek kulit, sama ada jerawat, kudis atau menggigit kuku atau bibir, sampaikan boleh berdarah, tanda-tanda seseorang berpenyakit. Merbahaya apabila tabiat tersebut sukar dihentikan malah tidak dapat dikawal, mereka lakukan tidak kira masa.

    Dalam beberapa kes, kebiasaan ini boleh berkembang menjadi kondisi kronik yang disebut ‘skin picking’ atau gangguan eksoriasi.

    Semakin kerap mengopek kulit, semakin kurang kawalan terhadap tingkah laku. Kajian menunjukkan gangguan bermula daripada dua rangsangan:

    • Jangkitan, kecederaan, atau luka mula sembuh dan menimbulkan kudis. Gatal menyebabkan orang itu menggaru dan mengopek. Luka atau luka baru mula sembuh dan menimbulkan kudis yang lain. Itu yang menimbulkan kitaran mengopek.
    • Tingkah laku untuk menghilangkan tekanan. Contohnya, tindakan berulang seperti mengopek kulit dapat memberi kelegaan, serta kepuasan dari keadaan yang tertekan, walaupun sehingga mencederakan diri sendiri.
    Foto – Medical

    Macam mana nak tahu tabiat skin picking itu normal atau sebenarnya satu penyakit? Orang yang mengalami gangguan skin picking pada kudis, lebam, jerawat, atau luka kulit yang lain sehingga ianya berdarah lagi atau menjadi radang.

    Kadang-kadang, orang yang mengalami gangguan ini mencederakan lagi kulit yang sedia kala sembuh. Ini adalah kitaran kebiasaan dan dorongan yang sangat sukar untuk dihentikan.

    • Obsessive-compulsive disorder (OCD) – Gangguan kesihatan mental ini sering menyebabkan tingkah laku berulang yang sangat mengganggu kualiti hidup seorang.
    • Body dysmorphic disorder – Orang sebegini mengalami pemikiran negatif yang obsesif tentang bagaimana tubuh mereka kelihatan. Ini menyebabkan mereka mula mencederakan kulit untuk menghilangkan ‘ketidaksempurnaan.’
    • Depression – Kemurungan boleh menyebabkan pelbagai tingkah laku yang tidak jelas dan terkawal, termasuk skin picking.

    Gangguan skin picking boleh dirawat dengan bantuan terapi. Seorang profesional atau kaunselor kesihatan mental dapat membantu kamu mengenal pasti pencetus yang menyebabkan skin picking.

    ALSO READ:  “Maafkan Kami Andai Salah & Silap…”-Norman Hakim & Memey Suhaiza Tunai Umrah

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts