Penyanyi Tajul mengakui terkilan apabila Wany Hasrita menolak tawaran bergandingan dengannya menerusi lagu baharu, Resepi Berkasih memandangkan mereka pernah dikenali sebagai pasangan duet serasi.
Pernah Merakamkan Lagu Bersama
Tajul dan Wany sebelum ini pernah merakamkan lima lagu duet bersama iaitu Di Sana Cinta Di Sini Rindu, Aku Serius, Tragedi Cinta dan Gurauan Berkasih yang mana kesemua lagu itu mendapat jutaan tontonan.
Menurut Tajul, dia akur dan menghormati keputusan Wany Hasrita jika beliau tidak mahu lagi berduet dengannya.
Memang ada sedikit terkilan sebab bagi saya gandingan kami serasi dan peminat suka jika kami duet bersama.
Namun saya harus memahami situasi Wany sekarang yang sudah berumah tangga dan mungkin keadaan sekarang membuatkan dia tidak selesa berduet dengan saya.
Tajul juga terpaksa akur apabila syarikat rakamannya, FMC Music menggandingkannya dengan Muna Shahirah bagi menyempurnakan projek album tribute Istimewa untuk Allahyarham Achik Spin yang sedang dalam proses pembikinan.
Memberikan Impak Yang Lagi “Wow”
Tajul juga turut berterima kasih Kepada FMC Music kerana mencadangkan agar Muna menggantikan Wany.
Muna bukan sahaja memberi kerjasama yang baik, bahkan berjaya membuat Resepi Berkasih versi baru ini lebih ‘wow’.
Sementara itu, Muna yang sebelum ini pernah digandingkan di dalam lagu bersama Afieq Shazwan dan Zack Zakwan berkata, tidak menjadi masalah baginya untuk bekerjasama dengan sesiapa asalkan lagu itu bersesuaian dengan vokalnya.
Tidak Berkecil Hati
Bagi Muna, dia sendiri tidak merasa kecil hati apabila saya dijadikan pilihan kedua untuk lagu ini kerana gandingan duet Tajul sebelum ini adalah Wany Hasrita.
Namun, Muna melihat ini sebagai peluang yang datang ini ke arah positif kerana yakin setiap aturan yang Allah tetapkan. Malah Muna turut rasa bangga dapat terlibat dalam projek khas ini.
Dalam tempoh 21 jam dilancarkan, muzik video lagu ciptaan dan lirik Patrick Kamis ini berjaya mendapat 20,000 tontonan.