Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Tak Ada Cara Lain Ke Puan? – Peguam Syarie Kongsi Kisah Remaja...

    ‘Tak Ada Cara Lain Ke Puan? – Peguam Syarie Kongsi Kisah Remaja Lelaki Mahu Berkahwin Dengan Anak Saudara Sendiri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang peguam syarie berkongsi pengalamannya yang didatangi seorang lelaki yang berhasrat mahu bernikah dengan anak saudaranya sendiri.

    ‘Syok’ dengan anak saudara sendiri

    @hasanahjohari KISAH PELIK TAPI BENAR | BY HASANAH JOHARI. DISCLAIMER : BUKAN TUJUAN MENGAIBKAN TAPI NAK BERIKAN PENGAJARAN SEBAB SEKARANG RAMAI ENABLERS YANG RASA ELOK SAJA PAK SAUDARA RAPAT DENGAN ANAK SAUDARA TANPA BATASAN. AKIBATNYA ANAK SAUDARA TERSUKA DENGAN PAKCIKNYA SENDIRI SEHINGGA NAK KAHWIN SPT KES INI. HUKUM SYARAK MALAH UNDANG2 TELAH MENETAPKAN PERKARA INI ADALAH HARAM !!! STOP GROOMING CHILDREN!! STOP PEDOFILE BANGSAT!! #nasihatkehidupan #infosyariah #ketahuihakanda #hja @Halim Zaidi @izatirsln @Peguam Syarie Alpha @faraway ? The Sound of Your Fear slowed – Ghost Experiences

     

    Menerusi perkongsian di TikTok, peguam yang dikenali sebagai Hasanah Johari itu memaklumkan lelaki yang berusia 37 tahun itu hadir bersama anak saudaranya yang baru berusia 18 tahun bagi mendapatkan nasihatnya selepas keluarga mereka tidak bersetuju dengan niat itu.

    Datang satu pasangan perempuan berusia 18 tahun dan lelaki berusia 37 tahun minta nasihat dan konsultasi untuk poligami sebab keluarga tak setuju mereka mahu bernikah.

    Kami pun terangkan prosedurnya lalu bertanyakan, ‘Kenapa keluarga tak setuju kamu berdua bernikah?’.

    Remaja itu pun menjawab, ‘Sebab lelaki ini pakcik (adik kandung mak) saya’.

    Terkesima sekejap, mungkin mereka tidak tahu, haram bernikah dengan bapa, mak, anak saudara kita!

    Alangkah terkejutnya Hasanah apabila remaja itu tetap mahu meneruskan hasrat berkahwin dengan bapa saudaranya itu.

    Dia kemudiannya bertanya, ‘Ada cara lain ke puan untuk kami bernikah? Sebab kami dah lama rapat, cuma ibu bapa saya tak bagi kami kahwin’. Boleh pula dia tanya macam ni.

    Saya pun jawab, ‘Tak ada cara lain! Dah termaktub dalam surah Al-Nisa ayat 23 bahawa haram berkahwin dengan mahram. Itu sumbang mahram namanya’.

    Hanya mahu beri kesedaran

    Di akhir perkongsiannya, Hasanah menjelaskan bahawa tujuan dia berkongsi kisah itu bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya hanya sebagai pengajaran buat masyarakat di luar sana.

    Kisah ini pelik tapi benar berlaku. Perkongsian ini bukan bertujuan untuk mengaibkan tapi sekadar nak beri pengajaran sebab sekarang ramai ‘enable’ yang rasa elok saja untuk bapa saudara rapat dengan anak saudara tanpa sebarang batasan.

    Akibatnya anak saudara jadi tersuka pada pak ciknya sendiri sehingga mahu kahwin seperti kes ini.

    Hukum syarak serta undang-undang telah menetapkan perkara ini adalah haram! Hentikan ‘child grooming’.

    Sumber: TikTok

    ALSO READ:  ‘Apa Salah Anak Saya?’ – Ernie Zakri Letak Had, Terkilan Khawla Terima Komen Negatif Netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts