Pelakon Diana Danielle tidak bercadang untuk membeli rumah dalam masa terdekat disebabkan harga pasaran yang begitu mahal.
Harga rumah mahal
Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, pemilik rumah akan berdepan masalah sekiranya ingin menjual semula aset tersebut.
Tak ada selera nak beli rumah dalam Malaysia sekarang, semua saiz kotak kasut harga setengah juta.
Nak jual nanti ada pembeli, akhirnya jual dengan menaggung kerugian.
Diana meluahkan pendapatnya itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di platform X.
Kata isteri kepada aktor Farid Kamil itu, lebih baik sekiranya melabur duit dengan membeli emas berbanding rumah.
Beli emas je tak sakit hati.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen bersetuju dengan pendapat ibu kepada dua cahaya mata itu.
Malah, tidak kurang yang memberi cadangan dan info kepada Diana berhubung lokasi stratergi serta harga yang berpatutan untuk memiliki kediaman.