Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTak Bagus Sebenarnya Minum Air Kosong Terlalu Banyak, Kamu Berisiko Untuk Koma...

    Tak Bagus Sebenarnya Minum Air Kosong Terlalu Banyak, Kamu Berisiko Untuk Koma Dan…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mengikut cadangan doktor, setiap individu perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari.

    Kerap kita dengar, nak kurus, cantik, miliki kulit awet muda, sihat dan sebagainya, kita perlu minum air kosong dengan banyak. Sebenarnya boleh saja, tetapi ada kesan buruknya jika kamu minum air terlampau banyak daripada kebiasaan.

    Apa Kesannya Jika Minum Air Kosong Terlampau Banyak?

    Jika kamu ingin tahu, minum air berlebihan boleh menyebabkan badan mengalami keracunan air, mabuk air dan gangguan fungsi otak. Malah apabila paras garam dalam darah akan menjadi lebih rendah dan situasi ini dipanggil sebagai Hypervolemic Hyponatremia iaitu menyebabkan buah pinggang tidak mampu untuk menampung dan membuang air dari badan.

    Foto – Pinterest

    Bukan itu saja, minum air berlebihan juga boleh menyebabkan badan mengalami cerebral edema iaitu bengkak pada otak. Keadaan ini boleh menyebabkan tahap kesedaran menurun, sawan dan koma.

    Foto – Credihealth

    Selain itu, kandungan air terlampau banyak dalam badan boleh menyebabkan garam dalam darah dicairkan dengan cepat dan menjadi diluted hyponatremia. 

    Diluted hyponatremia:

    Kepekatan osmolarity luar sel (extracellular) lebih rendah berbanding dalam sel (intracellular). Jadi air akan bergerak dari luar sel ke dalam sel otak melalui proses osmosis. Kesannya pembengkakan otak berlaku dan menyebabkan individu tersebut menjadi sawan dan koma.

    Nak minum air kosong pun kena ikut saranan doktor ye. Minum berlebihan bukan bawa kebaikan, malah keburukan untuk kesihatan badan kamu. Selamat beramal!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts