Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Tak Banyak Karya Yang Ketengahkan Pelawak, Mungkin Dah Tak Macam Dulu’ –...

    ‘Tak Banyak Karya Yang Ketengahkan Pelawak, Mungkin Dah Tak Macam Dulu’ – Man Raja Lawak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelawak dan pelakon Man Raja Lawak mengakui dia kurang mendapat tawaran berlakon sejak kebelakangan ini.

    Tak jadi rebutan

    Menerusi temu bual bersama Man berkata, jiwa seni dalam dirinya sentiasa meronta-ronta, namun kurang mendapat tawaran berlakon menjadi punca dia terduduk dan terfikir mengenai nasibnya dalam bidang seni.

    Sebenarnya selepas selesai program Raja Lawak tempoh hari, saya dapat tawaran yang tak henti-henti. Kadang-kadang saya tengah berlakon pun ada yang hubungi dan tawarkan berlakon untuk drama dan sebagainya.

    Saya rasa, sebelum itu mungkin selepas saya menjuarai program itu, tak ada orang yang seperti saya. Mungkin ada Angah, tapi sebab Angah Raja Lawak 1 dan saya Raja Lawak 5, jadi dah ada orang baru selepas Angah.

    Selepas itu, muncul pula Shiro dan kemudian arwah Abam. Mungkin dari situ saya rasa dah ada pengganti dan pasaran dah luas.

    Bila saya tengok semula sekarang, saya cakap kepada isteri saya, tak banyak karya yang mengetengahkan pelawak.

    Tambah Man, apa yang menimpa dirinya turut dilalui oleh rakan-rakan seperjuangan yang lain.

    Sebelum ini ada Achey, tapi dah kurang sikit. Kalau Zizan sekarang dia dah jadi pelakon ‘versatile’. Jadi, pelawak ini macam dah tak ada dah. Dalam drama pun tak banyak dah ada pelawak.

    Mungkin dah tak macam dulu, jadi rebutan. Contohnya, ketika era Apek Senario, dia berjaya menggondol anugerah Artis Paling Popular. Kalau saya ada zaman itu, mungkin ‘sedaplah’ kita boleh pecahkan industri itu.

    Saya rasa bila ada kitaran begitu, tak boleh biarkan sebab nanti jadi lebih teruk. Jadi, apabila Mawi beri peluang membintangi filem Zim Zim Ala Kazim, ini jadi peluang kedua untuk saya. Sebelum ini ada telefilem Hantu Kuat Ketawa, satu watak berat juga untuk saya.

    Berbicara lebih lanjut, Man mengakui dia pernah ambil watak yang serius bagi mengembangkan bakatnya, namun percaturan tersebut tidak menjadi.

    Jadi, waktu itu saya rasa lawak dah tak boleh pergi dan saya cuba untuk bawa watak serius. Tapi, sama juga tak banyak tawaran. Kali ini dalam filem ini, saya bawa watak serius juga.

    Di akhir temu bual, Man tetap menzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang membintangi dua filem iaitu Saka Perawan dan Reeza arahan Ahmad Idham yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

    Saya bersyukur ada dua tiga filem yang sudah jalani penggambaran dulu akan keluar tahun ini. Cuma itulah, untuk tawaran berlakon telefilem, drama bersiri atau sitkom tak ada.

    Dalam jadual yang ada pun untuk konsert, festival, program sekolah, masjid dan sebagainya, memang ada.

    Minat berlakon itu memang ada dan masih ada sehingga hari ini. Kadang-kadang kalau saya tonton drama di TV, saya selalu fikir kalau diminta saya berlakon untuk buat apa pun, saya akan buat. Tapi, belum rezeki saya.

    ALSO READ:  Insiden Cermin Kereta Safiq Rahim Dipecah, Isteri Mohon Doa – ‘Ya Allah Lindungi Kami Dari Mata-Mata Jahat’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts