Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTak Berani Ambil Risiko, Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Isteri Sahaja –...

    Tak Berani Ambil Risiko, Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Isteri Sahaja – ‘Orang Lain Boleh Terus Tanya Kepada Ustaz’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan pelawak Sabri Yunus mengakui bahawa dia tidak pernah bercakap mengenai Islam sepanjang tempoh perkenalannya dengan isteri iaitu Angeline Tan.

    Kena jawab pertanyaan isteri

    Menerusi temu bual bersama , Sabri berkata, dia mendapat keberanian untuk bercerita mengenai Islam kepada Angeline selepas menawarkan diri untuk menjadi suami kepada aktres tersebut.

    Selama berpuluh tahun saya hidup, saya tak berani cakap apa pun kerana ia perkara sensitif. Saya sangat berjaga mengenai perkara itu. Dengan dia saya memang jaga adab walaupun saya sebenarnya suka bergurau dan mulut celupar.

    Selepas menawarkan diri untuk menjadi suami dia, masa itulah baru saya berani bercerita mengenai Islam. Apabila bercerita fasal Islam, dia pun mula bertanya macam-macam. Dari situ saya kena rajin cari ilmu. Saya hubungi adik saya, seorang ustaz di kampung.

    Kemudian saya tengok juga di YouTube dan pilih bahan yang mana sesuai untuk dia.

    Tambah Sabri, dia perlu rajin menimba ilmu agar setiap pertanyaan isterinya dapat dijawab dengan baik.

    Soalan dia adakalanya sangat mencabar. Ia kena ada dalil dan logiknya. Contohnya, dia tanya kenapa buat begini? Saya tak boleh jawab Tuhan suruh. Nanti dia kata kenapa Tuhan dia tak suruh.

    Jadi saya cari satu kaedah lain. Pertama, saya perkenalkan dia tentang konsep ketuhanan dalam Islam.

    Saya ceritakan keindahan Islam bagaimana.

    Sabri yang ditemui pada sidang media program baharu TV AlHijrah berjudul Angeline Tanya Abang Jawab, semalam, turut memberitahu bahawa dia tidak berani menjawab sebarang pertanyaan daripada netizen berhubung Islam.

    Sebagai suami saya kena jawab pertanyaan isteri. Tapi saya tak bersedia untuk jawab pertanyaan orang lain kerana saya bukan ustaz. Kepada orang lain bolehlah terus bertanya kepada ustaz.

    Kecuali kawan-kawan terdekat nak tanya, saya cuba. Saya bukan ustaz. Jadi hal-hal begini kena hati-hati. Saya tak berani ambil risiko dan tak nak nanti orang kata kau pun nak jadi ustaz.

    Sekadar info, program ‘Angeline Tanya Abang Jawab’ ini bakal bersiaran selama 13 episod, bermula 18 September ini, setiap Rabu, jam 8.30 malam.

    ALSO READ:  Kurang Minat Dalam Berlakon Menjadikan Haeriyanto Mencuba Nasib Sebagai Pengarah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts