Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTak Berjaya Sabit Kesalahan Ibu Bapa Zayn Rayyan Atas Membunuh, Polis Tetap...

    Tak Berjaya Sabit Kesalahan Ibu Bapa Zayn Rayyan Atas Membunuh, Polis Tetap Berbangga Atas Usaha Pihaknya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengakui dengan hati terbuka keputusan pendakwaan yang dilakukan hari ini walaupun pencapaian yang diharapkan tidak tercapai sepenuhnya.

    Walaupun berbangga dengan usaha gigih anak buahnya, beliau menerima hakikat bahawa pendakwaan hanya dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan bukannya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

    Dalam sidang media khas JSJ di Bukit Aman pagi tadi, Mohd Shuhaily meluahkan perasaan melalui pernyataan pendek yang menggambarkan perasaan bercampur-baur antara kejayaan dan kekecewaan.

    “We are so close yet so far,” katanya, merumuskan bahawa walaupun polis telah melakukan segala usaha dalam menyelesaikan kes ini, peruntukan undang-undang mempunyai pandangan berbeza yang perlu diterima.

    Mohd Shuhaily turut menekankan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pegawai dan anggota polis dalam menjalankan siasatan kes ini.

    Beliau memuji mereka yang berhempas-pulas menjalankan tugas tanpa mengenal penat lelah, siang dan malam, demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

    “Penyelesaian (siasatan) kes ini adalah menzahirkan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pegawai dan anggotanya. Mereka ini berhempas-pulas menjalankan siasatan tanpa mengira penat lelah, siang dan malam bekerja secara ikhlas dalam melaksanakan amanat dan tanggungjawab yang diberikan.

    “Mereka ini seharusnya wajar diberikan penghargaan sedalam-dalamnya selepas melunaskan tugas mereka sepanjang tempoh enam bulan,” katanya.

    Dalam pada itu, Mohd Shuhaily menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penyataan-penyataan tidak tepat sepanjang siasatan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Beliau menegaskan bahawa segala keterangan penuh hanya boleh diikuti menerusi prosiding perbicaraan di mahkamah yang dijangka berlangsung pada bulan Julai ini.

    “PDRM menyeru kepada orang ramai untuk tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi sehingga boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dan kenyataan yang tepat hanyalah daripada pihak polis.

    “Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak melanggar mana-mana undang-undang sehingga boleh menjejaskan prosiding siasatan dan subjudis kepada perbicaraan kes,” tegasnya.

    ALSO READ:  Nabila Razali Gementar Beraya Di Kampung Suami, Dah ‘Ready’ Bila Ditanya Soal Zuriat
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts