Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Tak Fasih Cakap Bahasa Melayu, Tak Guna Jadi Orang Malaysia”- Uyaina Tegur...

    “Tak Fasih Cakap Bahasa Melayu, Tak Guna Jadi Orang Malaysia”- Uyaina Tegur Rakyat Yang Lupa Diri!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kenyataan sesetengah pihak, khususnya daripada kalangan bukan Melayu, bahawa peranan bahasa Melayu di negara ini adalah semata-mata untuk tujuan komunikasi antara rakyat, bukan sahaja dangkal.

    Ianya juga menunjukkan betapa jahilnya beberapa pihak tertentu mengenai hubungan antara nasionalisme dan patriotisme dengan bahasa negara.

    Berhubung dengan ini, mereka ini menolak kaitan antara semangat kebangsaan dan patriotik dengan kecekapan berbahasa Melayu.

    Bagi mereka ini, peranan bahasa Melayu adalah cuma untuk membolehkan rakyat berhubungan antara satu sama lain. Itu pun untuk mereka yang ingin menggunakannya.

    Dalam hal ini, bagi mereka, kecekapan dalam bahasa Melayu tidak penting. Asal sahaja bahasa Melayu yang digunakan itu berjaya memenuhi tujuan komunikasi, peranannya bukan sahaja disifatkan sudah terlaksana dari segi berkongsi mesej antara penyampai dan penerima.

    Tetapi ianya juga dianggap berjaya menjadi wahana interaksi antara kaum apabila digunakan antara penutur Melayu dengan yang bukan Melayu.

    Tidak dapat dinafikan semua ini penting. Bagaimanapun, menjadi kesalahan besar kalau itu saja peranan penting yang difikirkan dapat dimainkan bahasa, lebih-lebih lagi apabila bahasa berkenaan adalah bahasa negara.

    “Tak guna kalau bergelar rakyat Malaysia kalau tak tahu bertutur bahasa Melayu.”

    Wajib fasih berbahasa Melayu, itu penegasan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad, 31, menegur segelintir rakyat negara ini yang tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan.

    Menurutnya, bahasa Melayu adalah antara bahasa paling mudah untuk dipelajari kerana tidak mempunyai sebarang ganti nama untuk perbezaan jantina berbanding bahasa lain.

    “Tidak ada ‘gender’ dan tiada kata ganti nama yang berbeza untuk lelaki dan perempuan seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Arab.

    “Kalau sebagai rakyat Malaysia pun awak enggan belajar untuk fasih bahasa kebangsaan, jangan terasa kalau ada yang marah dengan awak,” katanya.

    Hos program Wanita Hari ini itu berkata demikian bagi mengulas ciapan seorang wanita yang mendakwa dirinya dimarahi pegawai kerajaan kerana tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

    Tambah Uyaina, setiap rakyat negara ini harus untuk mahir bertutur bahasa Kebangsaan walau merantau ke setiap pelosok dunia.

    ALSO READ:  Kalau Ikutkan Zodiak, Beg Tangan Mewah Ini Yang Terpaling Sesuai Dengan Kamu!

    Sementara itu, dia juga menasihatkan mana-mana individu yang kurang fasih untuk mendaftar ke mana-mana kelas bagi memantapkan lagi bahasa Melayu.

    “Bahasa merupakan satu bahagian penting dalam sesebuah masyarakat, apatah lagi jika melibatkan kenegaraan anda.

    “Tanpa mengira latar belakang pendidikan, sekiranya anda tinggal di negara ini selama 20 tahun dan masih tidak boleh bercakap bahasa tersebut (dan berasa bangga tentangnya) dan perkara itu menunjukkan siapa anda sebenarnya.

    “Anda hanya bersikap angkuh. Nasihat saya, pergi hadir ke kelas bahasa Melayu dan jadi rakyat yang lebih baik,” ujar pemilik nama penuh Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu.

    Terdahulu, tular tangkap layar luahan seorang wanita yang mendakwa dia dan anaknya dibuli serta dimarahi ketika hadir ke sebuah pejabat kerajaan kerana tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

    Kongsi wanita tersebut, dia yang merupakan rakyat negara ini tidak fasih berbahasa Melayu kerana bersekolah di Singapura.

    Bagaimanapun, perkongsian tersebut meraih kecaman daripada netizen yang menyifatkan individu yang memiliki kewarganegaraan wajib mahir bertutur bahasa Melayu.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts