Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Tak Halal Dunia Akhirat Bagi Sesiapa Yang Mencuri Hasil Keringat Kami Tanpa...

    ‘Tak Halal Dunia Akhirat Bagi Sesiapa Yang Mencuri Hasil Keringat Kami Tanpa Izin’ – Shahrulezad

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengarah Shahrulezad Mohameddin memberitahu dia tidak akan menghalalkan mana-mana pihak yang mencuri dan menyebarkan drama terbaharunya ‘Khunsa’ di mana-mana platform tanpa kebenaran.

    Tak rasa bersalah malah bangga

    Menerusi sebuah posting di Instagram, Shahrulezad atau lebih mesra disapa sebagai Budak Ijat berkata, memiliki dan mengedar harta inteleknya tanpa izin bukan sahaja salah tetapi haram.

    Bila baca komen netizen tanpa bersalah dan bangga mencadangkan orang lain mencuri tonton hasil keringat kami cukup membuatkan hati kami terusik. Saya tak halalkan dunia dan akhirat bagi sesiapa yang tiada rasa bersalah mencuri hasil keringat kami tanpa izin.

    Haram tu bukan saja pada arak dan babi saja tetapi memiliki, menonton atau mengedar harta intelek orang lain tanpa izin juga haram dan berdosa.

    Tambah Budak Ijat, dia berasa terkilan apabila usahanya dan kru produksi tidak dihargai. Ini kerana, ramai yang menonton drama tersebut melalui platform haram.

    Kalian mahu yang terbaik, maka kami cuba hasilkan terbaik juga. Jadi wajarkan usaha keringat kami dibalas begini?Kalau mahu saya dan pasukan teruskan yang terbaik untuk kalian, tolong jangan memuji kami tapi dalam masa yang sama kalian menikam kami dari belakang seperti ini.

    Terdahulu, Budak Ijat memuat naik tangkap layar komen netizen di TikTok yang mencadangkan beberapa platform haram untuk menonton drama arahannya yang sedang viral di media sosial.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts