Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTak Lama Selepas ‘Check In’ Hotel Dengan Kawan Lelaki, Penuntut IPTS Maut...

    Tak Lama Selepas ‘Check In’ Hotel Dengan Kawan Lelaki, Penuntut IPTS Maut Terjatuh Dari Tingkat 21

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sekadar gambar hiasan

    Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu negara maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah hotel di Tanjong Bungah, George Town pada Rabu.

    Terjatuh dari tingkat 21 hotel

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Malaysia Gazette, mayat wanita berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah pada jam 3.35 petang. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan hasil siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku tidak lama selepas mangsa dan rakan lelakinya mendaftar masuk ke bilik hotel berkenaan.

    Bagaimanapun, lelaki tersebut hanya menyedari rakannya itu adalah mangsa dalam insiden terbabit selepas melihat orang ramai berkumpul di tingkat bawah selain turun ke tempat kejadian bagi mendapatkan kepastian.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

    Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts