Pelakon Abby Abadi, berkongsi hantaran di media sosial seolah-olah sedang bersedih sejak menerima berita tentang kematian cucu sulungnya.
Luahan Abby
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan meluahkan perasaannya sebagai seorang ibu yang sedaya upaya mahu menjadi terbaik untuk anak-anak.
Tak perlu berusaha menjadi mama yang sempurna, tapi berusahalah menjadi mama yang bahagia.
Kerana kita harus waras, waras untuk menguruskan rumah tangga..suami, anak-anak dan hal-hal yang lainnya.
Dalam pada itu, aktres berusia 46 tahun tersebut juga berkata, setiap manusia pastinya akan mengalami perasaan sedih dan penat.
Kalau rasa sedih, menangislah sepuasnya. Kalau rasa penat, ambil masa berehat kerana kita juga manusia.
Tinjauan mendapati, Marissa turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut dengan dengan harapan Abby membalas mesejnya di aplikasi WhatsApp.
Tak nak reply WhatsApp saya ke mama?
Terdahulu, media melaporkan bayi sulung Marissa dan Aslam meninggal dunia ketika dilahirkan pramatang. Difahamkan, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Aslam kemudian mengesahkan berita kematian anak sulung mereka dan meminta orang ramai untuk tidak mencetuskan spekulasi berhubung berita tersebut.
Bagaimanapun, Abby memaklumkan dia tidak tahu menahu soal berita Marissa sudah bersalin bayi tersebut ketika kandungannya baru berusia enam bulan.