Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Tak Payah La Nak Komen Macam Awak Dalam Kain Mereka…”-Rozita Che Wan

    “Tak Payah La Nak Komen Macam Awak Dalam Kain Mereka…”-Rozita Che Wan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan berita perceraian beberapa selebriti tempatan yang menjadi bualan netizen sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.

    Isu berkenaan turut mendapat respon oleh pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menerusi hantaran di Instagram yang berkongsi tangkap layar komen salah seroang netizen yang meminta orang ramai untuk menyibuk dengan perceraian orang lain.

    “Tak payahlah sibuk dengan perceraian orang lain. Ingat kita ni masing-masing ada suami/isteri. Korang yakin ke pasangan kita tu akan kekal dengan kita sampai bila-bila?

    Allah nak uji tu bila-bila masa je. Lagi-lagi yang mulut tak reti jaga tu.”-komen seorang netizen

    “Tak Payah Laa Nak Komen Macam Awak Duduk Dalam Kain Mereka…”

    Bersetuju dengan kenyataan netizen tersebut, Che Ta menyatakan bahawa setiap ujian masing-masing adalah berbeza dan adalah lebih bagus dengan mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka.

    “Saya setuju dengan statement awak. Buat semua di luar sana, apa sahaja yang anda tengok dan dengar, tak payah la nak komen macam awak duduk dalam kain mereka.

    Ujian kita tak sama. Kita doa yang baik-baik saja. Kadang ujian itu sebab Allah nak bagi yang lebih baik untuk mereka.”-tulis Che Ta

    Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka..Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts