Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTak Pernah Berniat Pisahkan Anak, Shakilla Kini Lembut Hati Beri Keizinan Fizi...

    Tak Pernah Berniat Pisahkan Anak, Shakilla Kini Lembut Hati Beri Keizinan Fizi Ali Untuk Bertemu Anaknya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keindahan hubungan keluarga diperlihatkan semula apabila pelakon wanita, Shakilla Khoriri, akhirnya dengan lembut hati memberi keizinan kepada bekas suaminya, Fizi Ali, untuk bertemu dan membawa anak mereka, Ameena Sofia, untuk tinggal bersama selama empat hari. Keputusan ini dibuat selepas hampir tiga bulan tidak berjumpa.

    Shakilla Khoriri, yang juga dikenali sebagai Nurul Shakilla Mohd Khoriri, menegaskan bahawa dia tidak pernah berniat untuk memisahkan anak daripada bapa.

    “Saya gembira apabila Fizi beritahu hendak jumpa anak. Insya-Allah dia akan ambil Ameena selama empat hari bermula 1 Mac depan.

    “Saya sebagai seorang ibu memang beri sahaja Fizi ambil. Lagi cepat dia ambil pun tidak mengapa. Saya pun tidak mahu lebih ramai yang terkesan dengan keadaan ini,” katanya.

    Bintang drama Bisik Bisik Gelora sebenarnya berhasrat membawa Ameena ke mahkamah untuk bertemu dengan Fizi pada hari ini terpaksa melupakan niat tersebut kerana enggan meletakkan Ameena dalam situasi yang tidak mengizinkan.

    Ujarnya, memberi keizinan kepada Fizi untuk bertemu dengan Ameena juga adalah bagi memastikan kesihatan mental anaknya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

    “Kalau ikutkan hari ini saya nak bawa Ameena jumpa dengan bapanya namun keadaan ini tidak bersesuaian dan kurang bagus untuk dia yang sangat muda dan baru berusia lima tahun. Dia tak perlu tengok keadaan ini.

    “Saya buat ini untuk menjaga kesihatan mental Ameena sebab saya tak mahu dia terkesan dengan keadaan yang berlaku disebabkan kesalahan ibu dan ayahnya sendiri.

    “Apa yang boleh saya cakap keputusan ini untuk anak saya. Sekarang saya tak kisah orang lain,” katanya lagi.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts