Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTak Puas Hati Selebriti Yang Bersikap ‘Play Safe’Isu Palestin, Ramona Zam Zam...

    Tak Puas Hati Selebriti Yang Bersikap ‘Play Safe’Isu Palestin, Ramona Zam Zam Perli Artis Yang Tak Ikhlas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon Ramona Zam Zam baru-baru ini membuat kenyataan kontroversi di Instagram Story (IGs) yang menyelar tindakan selebriti yang didakwa tidak ikhlas dalam membuat perkongsian mengenai isu Palestin.

    Ramona mengakui bahawa tindakannya itu didorong oleh rasa muak terhadap sikap berpura-pura golongan tersebut.

    Tanpa menamakan individu tertentu, Ramona tidak peduli jika ada selebriti yang terasa dengan hantaran tersebut.

    “Saya tidak tujukan kepada sesiapa status itu. Kalau ada sesiapa terasa, saya tidak boleh cakap apa-apa dan teruskanlah dengan perasaan itu. Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas. Tetapi, setakat ini, tiada siapa jumpa saya berhubung hantaran itu,” jelas Ramona.

    Ramona menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap mereka yang bersikap ‘play safe’ atau mengambil jalan neutral dalam isu ini. Baginya, adalah tidak adil untuk menyokong Palestin tetapi pada masa yang sama, berpihak kepada Israel.

    “Apabila sudah kena boikot, barulah nak cakap pasal Palestin. Saya faham dalam industri seni, ramai yang berpura-pura. Tetapi apabila bercakap pasal kemanusiaan, bayi yang dibunuh dan kekejaman yang berlaku di Palestin, kita kena lebih tegas dengan pendirian kita, apatah lagi, kita artis Melayu dan beragama Islam.

    “Takkanlah kita tidak mahu sokong saudara seagama kita,” katanya.

    Drama terbitan Skop Productions itu turut dibintangi oleh Shah Iskandar, Puteri Sarah Liyana, Raja Afiq, Soffwany Yusof, dan ramai lagi.

    Sebagai isteri kepada warga Palestin, Ramona mengaku lebih memahami konflik yang berlaku di negara itu.

    “Kesan isu Israel-Palestin ini sangat kuat dalam diri saya. Saya sudah berkahwin selama sembilan tahun. Sepanjang tempoh itu, macam-macam cerita saya dengar daripada suami dan keluarganya. Mereka melaluinya sudah lama, iaitu sebelum insiden 7 Oktober lalu. Impaknya sangat kuat dalam diri saya,” luahnya.

    Ramona berkahwin dengan Rami Alashkar, seorang jejaka berasal dari Palestin pada tahun 2015. Kecewa dengan apa yang berlaku, Ramona berharap selebriti dapat memanfaatkan pengaruh mereka dalam isu yang meraih perhatian antarabangsa ini.

    “Tidak terfikir langsung pada 2023 akan berlaku perkara seperti ini. Lebih menyedihkan tiada siapa yang berjaya menolong mereka. Selebriti ada pengaruh yang besar dan ramai pengikut. Takkanlah mereka tidak mampu beri sumbangan melalui platform media sosial mereka,” katanya.

    Sebelum ini, kira-kira 20 selebriti tanah air dinamakan dalam gerakan Blackout 2024 selepas didakwa masih menjalin kerjasama dengan jenama penyokong Israel.

    ALSO READ:  [VIDEO] Kugiran Masdo Respon Penampilan Dilabel ‘Seperti Tak Mandi’ – ‘Terima Kasih Kepada Yang Menegur’

    Antara selebriti Malaysia yang disenaraikan adalah Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Daiyan Trisya, Scha Al-Yahya, dan Awal Ashaari. Susulan itu, netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti terbabit.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts