Cerita selebriti buka tudung bukan lagi isu asing yang jarang dibahaskan sehingga menuai kontroversi dalam dunia seni hiburan tempatan.
Ini kerana untuk kekal istiqamah dalam setiap tindakan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan
Banyak ujian dan godaan yang harus ditempuh dan golongan artis juga tidak terlepas daripada melaluinya.
Berbahas soal itu, baru-baru ini tindakan penerbit, David Teo, menegur penyanyi Masya Masyitah, yang membuka tudung dalam hantaran dalam Instagram (IG) menarik perhatian netizen.
Kebanyakannya meninggalkan komen berasa malu apabila individu bukan Islam seperti David tampil menasihatkan Masya dan berharap wanita muda itu sedar terhadap kesilapan dilakukan.
“Ramai orang kejar pahala dunia, tapi tak ramai orang kejar pahala akhirat.
“Walaupun iman kita berbolak-balik, tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan,” tulisnya.
Dalam hantaran itu, David yang boleh disifatkan sebagai teguran seorang bapa kepada anak perempuannya turut mengajak orang ramai mendoakan Masya.
Rata-rata netizen menyokong nasihat positif diberikan David walaupun bukan Islam atau mualaf.
“Mr David Teo tegur keliru siapa muslim sebenarnya ni. Semoga Mr David mendapat hidayah Allah SWT,” komen netizen.
“Saya hormat sama awak Mr David, bukan muslim tegur orang yang sedia muslim, sedih dengan seagama sendiri, terima kasih Mr David,” tulis netizen.
“Makin ramai yang bertudung dah free hair.. Allahu.. Moga kita sempat bertaubat,” komen netizen.
Pada Ahad lalu, Masya tampil berkongsi beberapa foto sudah tidak bertudung dalam IG dengan gaya baharu seperti ‘Barbie’.
Credit: Selebriti – Murai MY