Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTak Rancang Untuk Jalani IVF Dapatkan Zuriat, Iedil Dzuhrie Dan Isteri Bahagia...

    Tak Rancang Untuk Jalani IVF Dapatkan Zuriat, Iedil Dzuhrie Dan Isteri Bahagia Besarkan 7 Ekor Anak Kucing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bagi sesetengah pasangan yang belum dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat, kekosongan ini mungkin menjadi sumber kesedihan dan kekecewaan.

    Walau bagaimanapun, terdapat cara-cara lain untuk mencari kebahagiaan dan memenuhi keperluan kasih sayang, salah satunya adalah melalui memelihara haiwan kesayangan.

    Memelihara haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, burung, atau haiwan lain bukan sahaja memberikan kebahagiaan, tetapi juga merupakan satu bentuk tanggungjawab yang membawa banyak manfaat emosi dan mental.

    Sebagai contoh, pasangan pelakon, Iedil Dzuhrie dan isterinya, Prisia Nasution, telah berkongsi pengalaman mereka dalam perjalanan perkahwinan mereka yang telah berlangsung selama lapan tahun tanpa anak cahaya mata.

    Walaupun belum dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat sendiri, pasangan ini memilih untuk memberi fokus kepada “membesarkan” anak-anak kucing yang mereka pelihara dengan penuh kasih sayang.

    Iedil, yang nama sebenarnya Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin, memberitahu bahawa mereka telah memelihara tujuh ekor anak kucing di rumah mereka.

    Selain itu, mereka juga memiliki dua ekor kura-kura dan seekor landak mini (Hedgehog) yang dianggap seperti anak-anak mereka sendiri.

    “Buat masa ini saya dan isteri fokus dengan anak-anak kucing yang kami pelihara di rumah. Ada tujuh ekor semuanya. Selain kucing, saya juga ada memelihara dua ekor kura-kura dan Hedgehog.

    “Rumah saya sudah jadi seperti zoo sekarang,” katanya.

    Bukan tidak teringin untuk mendapatkan zuriat sendiri, Iedil mengakui dirinya akur apabila belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

    “Belum ada rezeki. Doa-doakanlah saya dan isteri diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata. Setakat ini kami belum merancang untuk buat rawatan IVF walaupun ada yang pernah cadangkan kepada kami untuk lakukannya.

    “Berbalik pada rezeki, kalau adalah. Lagi pun kami tidak tertekan pun dengan perkara ini,” katanya.

    “Pernah terfikir juga untuk ambil anak angkat. Sekurang-kurangnya saya boleh beri anak itu peluang dan kehidupan yang lebih baik.

    “Cuma buat masa sekarang, saya dan isteri belum merancang untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat. Lagi pun tahun ini kami agak sibuk.

    “Kami juga merancang untuk pergi bercuti bila anak masa terluang nanti. Sudah setahun sebenarnya kami tidak bercuti bersama-sama,” katanya.

    Untuk info, Iedil mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah asal Indonesia, Prisia Nasution atau nama lengkapnya Prisia Wulandari Nasution pada 1 Jun 2016.

    ALSO READ:  Bekas Isteri Pertama Kongsi Foto Sanding Datuk Red & Adira – ‘Ramai Tunggu Gambar Dari Muzium Ni’

    Selepas berkahwin, Iedil mengambil keputusan untuk menetap di Jakarta, Indonesia selain demi mengembangkan sayap lakonannya ke negara tersebut.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts