Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Tak Salah Untuk Kita Menangis, Aku Pun Menangis’ – Bella Astillah Ucap...

    ‘Tak Salah Untuk Kita Menangis, Aku Pun Menangis’ – Bella Astillah Ucap Terima Kasih Kepada Puteri Sarah Sebab Beri Semangat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi sebuah tangkap layar yang menunjukkan kata-kata semangat yang diterima olehnya daripada Puteri Sarah Liyana.

    Menangislah setiap hari

    Menerusi tangkap layar tersebut, Sarah dilihat menghantar video dan kata-kata yang positif buat sahabat baiknya itu. Menurut Sarah, tidak salah sekiranya ibu kepada dua orang cahaya itu mahu menangis tatkala di awal fasa selepas perceraian. Tambah Sarah, menangis sewaktu bangun solat tahajud merupakan perkara yang paling baik buat dirinya ketika melalui fasa yang sama.

    Bagi masa untuk diri. Sebulan? Sebulan tu menangislah setiap hari. Selepas sebulan stop.

    Berikutan kata-kata semangat tersebut, Bella turut menzahirkan ucapan terima kasih buat Sarah kerana sentiasa ada bersamanya.

    Terdahulu, selepas berdepan dengan beberapa siri kontroversi, penyanyi dan pelakon Singapura iaitu Aliff Aziz akhirnya menceraikan isterinya, Bella Astillah dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu.

    Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz membacakan lafaz cerai tersebut di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.

    Sebelum cerai dilafazkan, Hakim Syarie meminta agar Aliff dan Bella untuk bersalaman kali terakhir namun, keduanya enggan berbuat demikian.

    Bella dilihat begitu tenang ketika lafaz cerai dibuat dan ibu kepada dua orang anak itu bersetuju untuk tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

    Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula apabila penyanyi asal Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

    Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada empat hari kemudian.

    ALSO READ:  Tomok & Sharul Bolot Duo Terbaik FD4 Kali Ketiga

    Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

    Aliff kemudiannya enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya itu pada 4 April lalu dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts