Sememangnya perkara yang dinanti-nantikan oleh netizen untuk melihat kemesraan Syamsul Yusof bersama isteri tercinta Ira Kazar.
Bahkan, kelibat pengarah Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kaza di media sosial ini benar-benar dinantikan peminat dan netizen sehingga ada yang tercari-cari akan sumber foto mereka terkini kerana ingin mengetahui ‘update’ mengenai pasangan suami-isteri ini.
Umum mengetahui bahawa perkara itu mula disuarakan selepas Syamsul dan pelakon Puteri Sarah Liyana sah bercerai pada 13 Jun lalu.
Bagaimanapun, salah sebuah sumber sahih memaklumkan bahawa antara sebab ketiadaan gambar Syamsul dan Ira kerana ‘diserang’ netizen.
“Selepas berita Puteri Sarah tarik saman terhadap Ira dan keluarganya disiarkan, keesokannya dia ada muat naik gambar bersama Syamsul. Tapi, dalam seminit saja, selepas tu dipadam.
“Dengar kata hantaran tu mendapat kecaman netizen. Itu sebab dia padam. Tapi, ada peminat sempat buat tangkap layar,” katanya.
Meninjau ke Instagram Syamsul juga masih tidak ada gambar mereka bersama. Sebaliknya Syamsul selesa memaparkan aktiviti seni dan momen bersama kedua anaknya.
Terdahulu, Syamsul mendedahkan sudah berkahwin dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar.
Credit: Selebriti – Murai MY