Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTak Sanggup Hidup Miskin, Isteri Bunuh Suami Dengan Parang Di Kebun

    Tak Sanggup Hidup Miskin, Isteri Bunuh Suami Dengan Parang Di Kebun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Hanya kerana tidak sanggup hidup dalam kemiskinnan, seorang wanita tergamak menamatkan hayat suaminya dalam satu kejadian di daerah Rejang Lebong, Bengkulu.

    Tetak suami sampai mati

    Suspek yang dikenali sebagai Asmaul Husna berusia 38 tahun dipercayai menyerang suaminya, 44, dengan sebilah parang di sebuah kebun berhampiran dengan rumah mereka. Mangsa yang mengalami luka parah di bahagian belakang leher disahkan meninggal dunia.

    Kejadian tersebut berpunca selepas berlakunya perselisihan faham antara mereka sehingga membuatkan suspek bertindak di luar kawalan.

    Hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua pasangan suami isteri dikatakan sering bertengkar kerana masalah kewangan.

    Difahamkan, mayat mangsa kini telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat manakala suspek ditahan polis untuk tindakan lanjut.

    Pihak polis juga kini mencari barang bukti iaitu sebilah parang yang dipercayai telah dibuang suspek selepas kejadian.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts