Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Tak Sangka Saya Pula Kena Attack…”-Safiq Rahim

    “Tak Sangka Saya Pula Kena Attack…”-Safiq Rahim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Insiden jenayah yang berlaku kepada dua pemain kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim masih lagi menjadi bualan ramai, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim menjadi sasaran penjenayah selepas dilaporkan diserang oleh individu yang tidak dikenali, malam tadi.

    Cermin Kereta Pecah Diketuk Tukul Besi

    Safiq Rahim, menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia telah didatangi dua orang lelaki yang mengetuk cermin bahagian belakang kereta yang menyebabkan dia terpaksa memberhentikan kenderaan.

    “Semasa saya selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam dan memandu kereta jenis Honda City di Jalan Sri Gelam menghala ke Pantai Lido secara tiba-tiba datang sebuah motorsikal  datang ke arah kereta saya dan salah seorang pembonceng motorsikal tersebut mengeluarkan sebatang tukul besi lalu mengetuk cermin bahagian belakang kereta saya.

    Ketukan tersebut menyebabkan saya dan saya memberhentikan kereta saya. Kemudian 2 lelaki tersebut berhenti di hadapan sambil menunjukkan tukul ke arah saya. Akibat takut, saya mengundurkan kereta saya dan 2 lelaki tersebut terus beredar dari lokasi. Ketukan tersebut menyebabkan cermin bahagian belakang kereta saya telah pecah.”-laporan Safiq Rahim

    “Tak Sangka Saya Pula Kena Serang…”

    Tambah Safiq, dia akui tidak sangka menjadi mangsa serangan oleh individu yang dikenali berhampiran pusat latihan Johor Darul Ta’zim serta menyifatkan zaman mereka kini harus mengambil langkah berjaga-jaga.

    “Tak sangka saya pula kena attack berdekatan Pusat Latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga.”-tulis Safiq lagi

    View this post on Instagram

    A post shared by Safiq Rahim (@sportsrevobysafiqrahim)

    Kenapa pemain-pemain bola sepak harapan negara kini menjadi mangsa serangan individu yang tidak bertanggungjawab??



    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts