Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Tak sangka Tua-Tua Masih Jadi Pelajar”- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail...

    “Tak sangka Tua-Tua Masih Jadi Pelajar”- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Kembali Bergelar Mahasiswa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usia tua dan menjadi warga emas bukanlah halangan untuk terus menimba ilmu dan menyambung pengajian sehingga ke peringkat tertinggi di universiti.

    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kembali bergelar mahasiswa apabila menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.

    Ismail Sabri yang kini berusia 64 tahun berkongsi perkembangan terbarunya menerusi hantaran di Instagram (IG) dengan memuat naik bersama gambar kad matrik yang diperolehi, hari ini.

    Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci butiran jurusan pengajiannya.

    “Alhamdulillah, hari ini dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini saya jadi pelajar.

    “Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” tulisnya di ruangan kapsyen IG.

    Perkongsian Ismail Sabri itu mendapat maklum balas positif netizen dengan rata-ratanya kagum dan mengucapkan tahniah kerana menyambung pengajian.

    “Tahniah Datuk Seri. Pembelajaran tiada had, dari buaian hingga ke liang lahad. You really walked the talk’ (cakap serupa bikin).

    “Semoga berjaya Datuk Seri. Bangga kad matrik kita sama,” katanya.

    Mengikut rekod, Ismail Sabri pernah menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan undang-undang kemudian menjadi peguam pada 1985 sebelum menceburi arena politik dua tahun selepas itu.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts