Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Tak Semua Orang Di Sana Zalim..”-Jovian Mandagie Dikritik Netizen Selepas Luah Simpati...

    “Tak Semua Orang Di Sana Zalim..”-Jovian Mandagie Dikritik Netizen Selepas Luah Simpati Terhadap Kebakaran Di Los Angeles?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan dan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie meluahkan rasa simpati terhadap kebakaran besar di Los Angeles, Amerika Syarikat yang kini dilaporkan semakin merebak.

    Jovian, menerusi hantaran di Instagram berpendapat tragedi yang sedang berlaku itu mengingatkan orang ramai mengenai kemanusiaan yang menghubungkan semua orang.

    “Jika kita boleh merasakan mereka di LA, marilah kita sama-sama memangjangkan penjagaan yang sama kepada mereka di Gaza. Kesakitan tidak memilih pihak, dan empati kita juga tidak sepatutnya.

    Mari kita memberi ruang dalam hati kita untuk semua orang yang terjejas dan terus menyebaskan kasih sayang di mana sahaja yang paling diperlukan. Doa saya kepada semua rakan saya di LA & Gaza.”-tulis Jovian Mandagie di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Jovian Rayke Mandagie (@jmandagie)

    “Memang Padan Muka Pun Sebab Kena Ingat…”

    Walaubagaimanapun, lain pula reaksi segelintir netizen yang mengkritik Jovian yang disifatkan menyokong LA yang merupakan sebahagian daripada negara Amerika Syarikat yang menyokong Rejim Zionis.

    “JM tak payah nak #prayforLA sangat la. Memang padan muka pun sebab kena ingat apa dia kata kat rakyat Palestin.”

    “Tak kena tu ayat biar Allah balas kejahatan mereka. Kita ni Islam kena usaha balas juga sekurang-kurangnya dengan doa, dengan tunjuk perasaan marah kita pada negara dan pemimpin zionis di US tu. Kalau macam tu biar je Allah bakas semua di US yang menyumbang pada zionis.”

    “Anggap je la ni sebagai wake up call for politicians kat sana..they spent billions of dollars to burn Gaza City, now Allah nak tunjuk..L.A burn without cost.”

    Jovian Beri Respon!

    Tidak berdiam diri, Jovian tampil memberikan respon dengan menegaskan bahawa tidak kesemua orang di sana bersikap zalim dan tidak cuba untuk ‘acah’ bersikap neutral.

    ” Tak semua orang di sana zalim. Banyak juga yang tak happy dengan apa kerajaan Amerika buat pada Palestine. Kawan2 saya di LA (US citizen) semua pro palestine. Jadi tak salah kalau kita berikan mereka doa2 yang baik, biar Allah yang balas kejahatan Zionist, bukan kita.

    Bukan acah neutral dik, I am showing humanity. Besides I never fail to show my support towards Palestine/Gaza..”-jelas Jovian

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  Scha Alyahya Kenang Kebaikan Arwah Ibu – ‘Tiada Kata Yang Mampu Gambarkan Kehilangan Ini’



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts