Sebelum ini kecoh dimedia sosial apabila Fazura membuat penampilan sulung di sebuah program di Indonesia selepas dia sah bercerai dengan aktor, Fattah Amin pada 7 Oktober.
Nyanyian Fazura Jadi Perhatian
Penampilan sulongnya itu telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Di acara temu bual berkenaan, Fazura turut mempromosikan lagu terbaharunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’, bagaimanapun nyanyiannya mendapat kritikan ramai yang rata-rata mengatakan agak sumbang.
Atas kejadian tersebut, pelakon dan pengarah Along Kamaludin tampil memberi teguran kepada segelintir pihak yang mengutuk Fazura di laman sosial gara-gara nyanyiannya.
Bagi saya la, sebab saya pernah masuk live dan rasa gementar dan kalau tak pakai ear piece, muzik kiri kanan masuk dan kita pun dah tak tahu suara ke mana.
Sebab saya pernah rasa benda itu.
Jadi, kita tak perlu la sampai nak kutuk dia. Bagi saya, dia mencuba dan tak salah pun.
Mungkin Berdepan Masalah Teknikal
Bukan ingin membodek, Along berkata kemungkinan ketika itu Fazura berdepan dengan masalah teknikal yang diketahui orang selain berasa gementar disebabkan ia disiarkan secara langsung.
Saya tak setuju dengan segelintir kumpulan yang mengutuk dia, ada yang kata dia tak sepatutnya menyanyi.
Ada yang dia perlu masuk kelas la. Sesiapa pun, boleh menyanyi kan.
Itu saja yang saya nak tanya mereka… mereka sendiri sampai ke Indonesia untuk menyanyi secara live?
Fazura itu walaupun nyanyian orang kata sumbang, tapi sampai ke Indonesia.
Dalam pada itu, Along turut berkata dia tidak bersetuju dengan tindakan segelintir selebriti yang turut melemparkan komen negatif terhadap Fazura di laman sosial.