Dian Sastrowardoyo, nama yang tidak asing lagi di dunia seni hiburan Indonesia. Selebriti cantik ini telah meraih kemasyhuran sejak usia belasan tahun dan terus menjadi idola ramai hingga kini.
Walaupun usianya sudah menginjak 42 tahun, Kejelitaannya yang memukau tidak pernah pudar di mata peminatnya.
Meskipun demikian, di sebalik citra glamor itu, Dian Sastro meluahkan pandangan yang agak mengejutkan apabila baginya kecantikan fizikal bukanlah segalanya, dan dia jauh dari konsep menjadi narsistik atau terlalu terpesona dengan penampilannya sendiri.
Dalam sebuah wawancara dalam format audio siar (podcast) bersama Denny Sumargo, Dian dengan jujur mengakui perasaannya terhadap penampilannya sendiri. Katanya, dia tidak melihat dirinya sebagai sosok yang sangat cantik, bahkan kadang-kadang merasa jijik melihat wajahnya sendiri.
Pendedahan ini menunjukkan bahawa Dian Sastrowardoyo tidak terjebak dalam stereotaip kecantikan konvensional. Baginya, kecantikan sejati mungkin bukan hanya tentang penampilan fizikal, tetapi juga tentang keanggunan, kecerdasan, dan kebaikan hati.
Meskipun popular dan dihormati oleh banyak pihak, Dian tidak melupakan rasa malu dan segan terhadap dirinya sendiri. Dia memilih untuk tidak menggantungkan gambar-gambar besar dirinya di rumahnya, malah memilih bingkai-bingkai kecil sebagai hiasan yang lebih bersahaja dan tidak berlebihan.
Bagaimanapun, pandangan Dian Sastrowardoyo ini memberikan inspirasi bagi banyak orang untuk melihat kecantikan dari sudut pandang yang lebih mendalam, melebihi sekadar penampilan luaran.
Kecantikan sejati terpancar dari hati yang tulus dan sikap yang baik, sifat-sifat yang nampaknya dimiliki oleh Dian Sastro.