Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, October 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTak Tahu Apa ‘Special’ Siri SAMSUNG S24? Ini 8 Fitur Terbaharu Yang...

    Tak Tahu Apa ‘Special’ Siri SAMSUNG S24? Ini 8 Fitur Terbaharu Yang Patut Anda Pertimbangkan Sebelum Beli

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Galaxy AI pada siri SAMSUNG Galaxy S24 boleh dikatakan sebagai highlight yang dibawakan oleh siri Samsung S24 kali ini.

    Galaxy AI ialah koleksi ciri berasaskan AI yang muncul buat kali pertama pada trio siri Galaxy S24.

    Galaxy AI membawa ciri AI untuk pelbagai senario penggunaan daripada penyuntingan foto, transkripsi rakaman audio, kepada sembang berbagai bahasa dan panggilan telefon.

    IKLAN

    Berikut ialah 8 ciri Galaxy AI baharu yang boleh digunakan pada Samsung S24, S24 Plus dan S24 Ultra.

    1. Live Translate

    Terjemahan Langsung, berfungsi sebagai penterjemah suara dan teks dua hala yang berfungsi secara langsung atau dalam masa nyata pada panggilan telefon konvensional.

    2. Generative Edit

    Edit Generatif, ciri AI untuk mengedit foto seperti melaraskan sudut, memadamkan objek, objek bergerak dan menetapkan saiz objek.

    3. Interpreter 

    Interpreter, ciri AI ini membolehkan dua orang mengadakan perbualan langsung dalam dua bahasa berbeza, contohnya bahasa Korea dan Inggeris. Kemudian, perbualan akan diterjemahkan serta-merta melalui paparan skrin belah pada peranti.

    4. Chat Assist

    Chat Assist, ciri AI ini menawarkan terjemahan, pengesyoran gaya bahasa. Ia juga mampu membuat pembetulan ejaan dan tatabahasa pada teks dalam Google Messages, WhatsApp dan e-mel. Ciri ini tersedia melalui Papan Kekunci Samsung terbina dalam.

    5. Note Assist

    Note Assist, ciri AI ini boleh membuat ringkasan, terjemahan dan ejaan yang betul dalam nota dalam aplikasi Samsung Notes. Terdapat juga pilihan “Auto format” di mana Galaxy AI akan menukar format nota pengguna kepada mata bullet atau format minit mesyuarat.

    6. Transcript Assist

    Transcript Assist, teknologi AI ini membolehkan Samsung S24 Ultra menyalin rakaman suara secara verbatim atau perkataan demi perkataan. Transcript Assist juga mampu meringkaskan dan menterjemah rakaman suara.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gaji Kalah CEO! Zukie Pernah Raih Pendapatan RM90k Sebulan – ‘Benda Tu Tak Surprise Pun, Sebab Ada Yang Dapat Sampai RM200k’

    7. Circle-to-Search

    Circle-to-Search, teknologi AI ini menawarkan cara baharu menyemak imbas pada mudah alih. Dengan ciri ini, pengguna boleh mencari nama bangunan/tanda tempat dan juga pakaian OOTD daripada artis terkenal daripada imej serta-merta.

    8. Browsing Assist

    Browsing Assist dalam browser Samsung, “Internet”. Kemudian, pengguna boleh meringkaskan dan menterjemah teks pada halaman dengan serta-merta.

    Apa yang lebh istimewa ialah Samsung kini memberi jaminan bahawa semua model siri Samsung S24 akan menerima 7 generasi kemas kini OS Android.

    Apabila dikeluarkan, siri Galaxy S24 menjalankan sistem pengendalian (OS) Android 14 yang disalut dengan antara muka Samsung terkini OneUI 6.1. Ini bermakna OS pada telefon bimbit ini boleh dinaik taraf kepada Android 21 pada tahun 2031.

    Untuk membuat tempahan, anda boleh layari pautan INI, Untuk maklumat lanjut berkenaan siri Galaxy S24 ini, anda boleh layari laman web, facebook, X dan Instagram Samsung.

    Related articles

    Follow Us

    20,204FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts