Sebelum ini ramai yang mengomel mengenai filem La Luna yang kini dipaparkan di platform Netflix dikatakan tidak sesuai dengan selera penonton kita.
Adakah Terdapat Elemen Penghinaan Terhadap Islam?
Isu ini juga telah diperkatakan oleh seorang penulis skrip, Zabidi Mohamed yang berpendapat filem ini mengandungi elemen penghinaan terhadap Islam.
Ini telah menimbulkan perdebatan sengit di kalangan netizen, ada yang setuju dan ada yang tidak sependapat dengan pandangan tersebut.
Menurut Utasan, pengarah filem tersebut, M Raihan Halim telah menafikan dakwaan Zabidi yang menyatakan naskhah filem tersebut mengandungi unsur pemikiran liberal dan menghina agama Islam.
Pengarah dari Singapura itu juga menyatakan bahawa filem tersebut dihasilkan dengan niat baik iaitu untuk membincangkan isu penunggang agama.
Video Nam Rom Mencetuskan Pelbagai Respons Netizen
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di Instagram milik salah seorang pelakon filem La Luna, Nam Rom yang memegang watak Ayob telah menarik perhatian ramai.
Dalam video yang dimuat naik oleh Nam Rom, beliau memperlihatkan salah satu pembukaan kedai pakaian dalam wanita di sekitar Perlis.
Tidak disangka Perlis sudah menjadi liberal sekarang. Opsss
Beliau menyifatkan dengan jenaka apabila mengetahui Perlis sudah menjadi salah satu Negeri yang lebih terbuka.
Situasi tersebut hampir serupa dengan jalan cerita yang dipaparkan kepada penonton melalui filem La Luna.
Video tersebut telah menarik perhatian rakan selebriti dan peminatnya. Hampir semua terhibur dengan video yang dimuat naik tersebut.
Selain itu, terdapat individu yang memuji tindakan Nam Rom seolah-olah menggambarkan situasi hangat yang sedang diperkatakan pada masa kini.