Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTak Terkejut Peminat Datang Beraya Di Rumah, Nadhir Nasar Siap Pasang Khemah...

    Tak Terkejut Peminat Datang Beraya Di Rumah, Nadhir Nasar Siap Pasang Khemah Khas Untuk Peminat Tersayang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap tahun, pelakon drama Projek: High Council, Nadhir Nasar, tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman di Kampung Talang, Kuala Kangsar, Perak, untuk menyertai aktiviti yang menjadi tradisi penduduk setempat.

    Sudah menjadi rutin bagi Nadhir untuk pulang ke kampung seminggu sebelum Hari Raya, dan salah satu aktiviti yang paling dinantikan adalah bermain meriam buluh bersama penduduk kampung.

    “Kami sekeluarga selalunya pulang seminggu lebih awal. Saya paling tak sabar bermain meriam buluh bersama orang kampung,” ungkap Nadhir.

    Bermain meriam buluh adalah aktiviti yang sudah menjadi tradisi masyarakat di Kampung Talang dan Bukit Chandan. Setiap tahun, penduduk kampung dan juga orang luar dari kawasan sekitar seperti Ipoh, Padang Rengas, dan Taiping, berkumpul untuk menyaksikan dan mengambil bahagian dalam aktiviti ini.

    “Apa yang buatkan saya lebih seronok kerana mereka tidak pernah ‘doube-standard’, tetapi melayan saya dengan baik,” tambahnya.

    Selain bermain meriam buluh, Nadhir juga menantikan kunjungan peminat di pagi raya. Menurutnya, dia menyediakan dua khemah untuk meraikan kehadiran peminatnya yang semakin ramai setiap tahun.

    “Awal dulu memang terkejut bila peminat datang rumah. Sekarang makin ramai peminat di kampung datang berkunjung. Ibu bapa dan saudara mara pun turut terkejut, tapi kami gembira menyambut kehadiran peminat,” katanya.

    Nadhir menegaskan bahawa peminat yang datang bukanlah untuk serbu, tetapi untuk berborak-borak dan beraya bersama secara santai. Dia menikmati kehadiran peminat yang datang berbaju raya pada pagi Syawal pertama, dan rumahnya menjadi tempat kenduri dan berkumpulnya orang ramai.

    “Kami gembira menyambut kehadiran mereka. Apa yang penting, keikhlasan kita meraikan kedatangan mereka,” jelas Nadhir.

    Bagi Nadhir, keseronokan beraya di kampung halaman bukan hanya kerana aktiviti tradisional seperti bermain meriam buluh, tetapi juga kerana kehadiran peminat yang turut meraikan momen berharga bersama-sama.

    ALSO READ:  “Kenapa Mama Mesej Tak Balas, Mama Nak Ajak Makan…”-Abby Abadi

    Dengan lemang, daging dendeng, dan gulai lemak ayam sebagai juadah pagi raya, Nadhir menyambut Hari Raya dengan penuh keceriaan dan kesyukuran di kampung halamannya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts