Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Takkanlah Duit Cepat Habis…” -Ruhainies Tampil ‘Backup’ Aliff Aziz Ada Banyak Duit...

    “Takkanlah Duit Cepat Habis…” -Ruhainies Tampil ‘Backup’ Aliff Aziz Ada Banyak Duit Simpanan Selepas Cerai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon kontroversi, Ruhainies tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengatakan beliau menyara hidup Aliff Aziz selepas Aliff bercerai dengan bekas isteri, Bella Astillah.

    Ruhainies, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Illyas, 32, menegaskan bahawa cerita tersebut adalah fitnah yang berat dan tidak berasas.

    Ruhainies menekankan bahawa Aliff mempunyai sumber kewangan sendiri dan tidak memerlukan bantuan orang lain.

    “Itu fitnah yang sangat berat dan sudah tentu tidak benar. Selama ini, Aliff punya tawaran berlakon berturut-turut, takkanlah duit cepat habis atau sudah habis,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pertuduhan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, pagi tadi.

    Ketika ditanya mengenai sumber pendapatannya kini, Ruhainies menyatakan bahawa ia bukan masalah buatnya kerana masih mempunyai pekerjaan yang stabil.

    “Alhamdulillah, saya masih ada projek macam biasa, tapi tak perlulah saya kongsi dahulu. Nanti tengoklah media sosial apa yang saya buat,” ujarnya.

    Sementara itu, Aliff Aziz turut mengesahkan bahawa dia masih mampu menguruskan kehidupannya dengan wang simpanan yang dimilikinya.

    “Alhamdulillah, wang simpanan masih ada. Saya masih ada duit dan doakan yang baik-baik,” ungkapnya.

    Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi bacaan pertuduhan kes khalwat. Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang pada jam 12.35 pagi, 9 Mac lalu.

    Hakim Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan 17 Oktober depan bagi sebutan semula kes dengan bon jaminan RM1,500 dilanjutkan.

    Perkembangan terkini ini pastinya menarik perhatian ramai, terutama peminat dunia hiburan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai isu yang melibatkan dua pelakon popular ini.

    Ruhainies dan Aliff Aziz kini terus menjadi tajuk perbualan hangat, namun mereka berdua jelas menegaskan bahawa kehidupan dan kewangan mereka tidak bergantung antara satu sama lain.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts