Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 30, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTakut Rumah Disamun Gara-Gara Ali Bayar Hutang Sebanyak RM75 Ribu Sambil ‘Live’,...

    Takut Rumah Disamun Gara-Gara Ali Bayar Hutang Sebanyak RM75 Ribu Sambil ‘Live’, Hidayah Perlu Tolak Demi Keselamatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sejak arwah Abam meninggal dunia pada 2020, tidak putus-putus cerita negatif mengenai ahli keluarganya membanjiri media sosial dan semuanya tentang harta.

    Bahkan, kes ini dikatakan berlanjutan susulan isu saling tuduh-menuduh sehinggakan tidak tahu siapa yang berada di pihak yang benar atau salah.

    Bertahun-tahun mendengar cerita sama, bertelagah dalam media sosial, isu hutang dan bayar saman terkini, peguam kepada Siti Norhidayah Hamzah iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad menjelaskan mengenai tindakan anak guamnya menolak wang RM75,000 yang ingin dibayar oleh pelawak Ali Puteh atas faktor keselamatan.

    Ibrahim menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram menjelaskan, wang yang dibawa oleh Ali terlalu besar dan disiarkan secara langsung di media sosial. Hidayah memaklumkan kepada saya Ali telah datang ke rumahnya dengan membawa sejumlah wang berjumlah RM75,000.

    “Kemudian Hidayah menghubungi saya sama ada dia boleh mengambil atau tidak wang itu! Daripada segi undang-undang memang tiada masalah untuk Ali membayar wang berjumlah RM75,000 berkenaan secara tunai.

    “Tetapi saya mengambil kira pada waktu itu jika sejumlah wang besar dibawa masuk ke dalam rumah dan ditambah pula dilakukan secara siaran langsung.

    “Oleh itu, orang akan tahu pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar dalam rumahnya,” katanya.

    Dalam pada itu, Ibrahim sudah memaklumkan kepada Ali untuk membuat pembayaran menerusi pindahan wang ke dalam akaun Hidayah.

    “Atas faktor keselamatan, saya telah bercakap dengan Ali untuk wang tersebut dibawa ke firma guaman atau lebih mudah dimasukkan ke dalam akaun bank.

    “Semua atas faktor keselamatan. Hidayah tiada niat lain untuk menolak wang secara tunai yang dibawa oleh Ali semalam,” katanya.

    Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi video dirinya hadir ke rumah Hidayah semalam bagi melangsaikan tuntutan saman bernilai RM75,000.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menyakat Afwa, Curi Perhatian Ramai!-“Comel Betul Cara Dia Minta Ipad Tu”

    Terdahulu, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts