Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTam Kongsi Perkembangan Kesihatan Napie Spider, Ralat Tak Dapat Buat Persembahan Bersama...

    Tam Kongsi Perkembangan Kesihatan Napie Spider, Ralat Tak Dapat Buat Persembahan Bersama – ‘Nak Tak Nak, Perjuangan Perlu Diteruskan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seperti yang sedia maklum, gitaris kumpulan Spider yang dikenali sebagai Napie dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat serangan angin ahmar pada Julai lalu.

    Terbaharu, Tam selaku vokalis kumpulan yang terkenal pada era awal 2000-an itu berkongsi keadaan terkini mengenai Napie.

    ‘Baru selesai pembedahan’

    Menurut Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah, Napie kini berada dalam keadaan yang lemah selepas menjalani pembedahan di bahagian otak.

    Napie baru selesai pembedahan. Untuk tahun ini dia tidak dapat terlibat sekali dengan mana-mana konsert kami.

    Dia pun masih sangat lemah sebab pembedahan tersebut melibatkan otak.

    Tapi dia ada beri respon sikit-sikit, saya risau juga kalau ada kesan selepas pembedahan, harap tiada apa-apalah sebab sudah sebulan juga dia di hospital.

    Tam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang diadakan di Pavillion Bukit Jalil pada petang Khamis.

    Ketika ditanya tentang keadaan kesihatan Napie sebelum diserang angin ahmar, Tam memaklumkan bahawa ahli kumpulan yang lain sudah menyedari tentang perubahan yang dialami gitaris kumpulan itu terutama sekali setiap kali menjalani sesi latihan bersama.

    Kami sebenarnya dah nampak lama dah tanda-tanda dia tidak sihat sebab persembahan dia pun dah mula terganggu, tangan dah tak boleh cengkam, memori pun dah kurang tak boleh nak ingat semua lagu.

    Itu antara sebab kita memilih untuk rehat dahulu. Kita tahu dalam keadaan begini tekanan itu tinggi untuk band jadi saya tak nak beri tekanan pada dia.

    Dalam pada itu, Tam yang terkenal menerusi lagi ‘Aladin’ mengakui dirinya berasa sedikit ralat kerana tidak dapat membuat persembahan bersama Napie dan arwah Tony di Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang akan diadakan di Stadium Nasional Hoki, Kuala Lumpur pada 7 September depan.

    Sama macam saya ada beritahu sebelum ini, apa-apa pun kerja kena teruskan. Sedih dan ralat itu ada, tapi ini perjuangan yang perlu diteruskan. Kita gunakan semangat mereka bawa ke depan.

    Saya bukan nak cakap sedih, tapi lebih kepada ralat. Sebab kalau sedih, kita tak main dah, saya tutup saja band ini cuma ralat sebab tak dapat bersama tapi perjuangan kena jalan lah.

    ALSO READ:  Lee Zii Jia Rindu Nasi Lemak, Sehari Selepas Pulang Dari Olimpik Terus Cari

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts