Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTaman Tema yang Kurang Terkenal Tetapi Tidak Kurang Menariknya Di Jepun

    Taman Tema yang Kurang Terkenal Tetapi Tidak Kurang Menariknya Di Jepun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jepun menawarkan pelbagai tarikan bertema yang pasti akan menggembirakan pelancong dari seluruh dunia.

    Walaupun tempat seperti Universal Studios Japan, Tokyo Disneyland dan Ghibli Park adalah kegemaran abadi di kalangan rakyat Malaysia yang menuju ke Jepun, JNTO Kuala Lumpur Office (JNTO KL) mencadangkan beberapa destinasi bertema yang belum “viral” lagi untuk pelancong mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan di Jepun.

    Berhibur di Taman Tema Retro Di Kawasan Kansai

    via Osaka Info

    Hirakata Park adalah sebuah taman tema yang terletak di Bandar Hirakata, Wilayah Osaka, 30 minit dengan kereta api dari pusat bandar Osaka.

    Ia menawarkan pelbagai tarikan yang sesuai untuk pengunjung dari semua peringkat umur, termasuk roller coaster, permainan air, permainan karnival, dan kawasan bertema retro.

    Taman tema ini terkenal dengan suasana mesra keluarga dan persekitaran yang indah, menjadikannya destinasi popular untuk penduduk tempatan dan pelancong yang mencari hiburan dan pengalaman yang penuh keseronokan.

    Nikmati Suasana Kampung yang Bertemakan Zaman Edo

    vi Dishes Japan

    Toyosu Senkyaku Banrai adalah sebuah “kampung” bertema Edo yang terletak di kawasan Toyosu, Tokyo.

    Baru dibuka pada Februari 2024, ia diilhamkan oleh aestetik dari zaman Edo (1603-1868). Toyosu Senkyaku Banrai terdiri daripada Pasar Toyosu Edo-mae.

    Disini pengunjung boleh menikmati pelbagai pengalaman makan dan membeli-belah, dan Toyosu Manyo Club, sebuah pusat spa dan kesihatan 24 jam yang merangkumi 10 tingkat dan dua taman pemerhatian di atas bumbung.

    Pengalaman Memacu Adrenalin di Litar Suzuka

    via Tripadvisor

    Litar Suzuka ialah litar perlumbaan permotoran yang terletak di Bandar Suzuka, Wilayah Mie, yang terkenal dengan penganjuran Formula One Japanese Grand Prix.

    Litar Suzuka juga terkenal dengan taman temanya yang mendebarkan yang menawarkan gabungan tunggangan yang memacu adrenalin, tarikan mesra keluarga, dan pengalaman bertema sukan permotoran yang sesuai untuk semua peringkat umur.

    ALSO READ:  Bekas Adik Ipar Iqbal Zulkefli Saman Lebih RM5 Juta, Tuntut Ganti Rugi Kerana Fitnah!

    Pengunjung boleh menguji kemahiran mereka di litar perlumbaan simulasi, merasai keseronokan tunggangan berkelajuan tinggi, dan bahkan memandu go-kart untuk perlumbaan yang mendebarkan di sekitar litar.

    Bagi mereka yang mengembara di kawasan Osaka, Kyoto dan Nagoya, Litar Suzuka di Mie, boleh dilawati sebagai destinasi perjalanan sehari dari bandar-bandar tersebut.

    Penerokaan di Pulau Awaji untuk Peminat-peminat Hello Kitty

    via Live japan

    Hello Kitty Smile dan Hello Kitty Show Box, yang terletak di Pulau Awaji, Wilayah Hyogo, adalah taman tema yang didedikasikan untuk watak Sanrio kesayangan ramai, Hello Kitty.

    Tarikan yang penuh fantasi ini menawarkan pengalaman yang menyeronokkan kepada pengunjung dengan pelbagai pertunjukan, dan pameran interaktif.

    Pelawat boleh mengalami dunia Hello Kitty, bertemu dengan maskot watak dan menerokai taman tarikan berwarna-warni tersebut, menjadikannya destinasi wajib untuk peminat dari semua peringkat umur.

    Dua bangunan di sini telah diiktiraf oleh Guinness World Records™: Hello Kitty Show Box sebagai “Bumbung terbesar dalam bentuk watak berjenama” dan Hello Kitty Apple House memegang gelaran “Bangunan terbesar dalam bentuk epal”.

    Melangkah Kembali ke Zaman Edo

    via Viator

    Noboribetsu Date Jidai Village adalah sebuah taman tema bersejarah yang menghidupkan semula sebuah bandar samurai zaman Edo yang terletak di Hokkaido.

    Pengunjung boleh merasai atmosfera zaman Edo dan menerokai kediaman samurai, rumah ninja, dan pelbagai bangunan bertema.

    Di kawasan taman tema ini, pengunjung boleh merendam kaki di mata air panas, membeli-belah di kedai cenderamata dan menikmati juadah tempatan yang lazat.

    Noboribetsu Date Jidai Village menggabungkan sejarah, “healing” dan hiburan sebagai destinasi sehari bagi mereka yang melawat Hokkaido dan hanya berjarak satu jam memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chitose atau sejam setengan dari kota Sapporo.

    ALSO READ:  Pernah Dicop Sebagai “Janda Gedik”- Kejayaan Kak Lina Pom-Pom Kini Tidak Akan Buat Dirinya Lupa Diri

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts