Adakah di antara kamu yang minat dengan fesyen penyanyi Indonesia, Raisa? Kalau kamu lihat di Instagram Raisa sendiri, penyanyi ini kerap kali tampil bergaya walaupun hanya mengenakan pakaian kasual dalam kehidupan hariannya. Gabungan wide leg jeans dan oversized blazer buatkan si pemakai tampil chic serta selesa.
View this post on Instagram
A post shared by @raisa6690
Lebih moden dan nampak segar gaya si pemakai apabila padukan turtleneck dan jaket dalam rona yang sama. Jangan lupa kenakan pencil skirt untuk nampak lebih chic. Padanan skirt pendek paras lutut dengan blazer dalam warna sedondon.
View this post on Instagram
A post shared by @raisa6690
Padanan jeans mom dan kemeja putih tak pernah salah!
View this post on Instagram
A post shared by @raisa6690
Kalau nak nampak manis dan masih lagi chic, kamu boleh padukan crop blazer bersama gaun. Saranan DIVA, pilih gaun satin untuk nampak lebih ‘mahal’. Pandai mix and match setiap pakaian membuatkan Raisa nampak sangat elegan dan bergaya. Psst… Sekali pandang langsung tak nampak seperti mak anak satu kan?