Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTampil Elegan & Menawan Di KLFW 2024, Ummi Nazeera Bakal Jadi Wajah...

    Tampil Elegan & Menawan Di KLFW 2024, Ummi Nazeera Bakal Jadi Wajah Fiziwoo?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Ummi Nazeera berjaya mencuri tumpuan penonton yang hadir di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 semalam.

    Memperagakan busana daripada pereka fesyen terkenal Fiziwoo, Ummi dilihat sangat elegan dan menawan ketika berjalan ‘catwalk‘ di atas pentas peragaan.

    Dah macam keluarga

    Menerusi sesi temu bual bersama Fiziwoo, sempat bertanya mengenai pemilihan Ummi Nazeera sebagai salah seorang selebriti yang memperagakan koleksi Spring Summer mereka pada tahun ini.

    Menurut Fizi dan Khai, Ummi Nazeera merupakan pelanggan tetap mereka sejak dahulu lagi. Bersempena pertunjukan fesyen kali ini, mereka mahu memberi highlight sesuatu yang berbeza berbanding sebelum ini.

    Ummi merupakan pelanggan tetap kami. Seluruh ahli keluarga dia memang pelanggan kami. Kami bermula sebagai kawan dan sekarang dah macam keluarga. Pemilihan Ummi sebagai model koleksi Spring Summer bertemakan ‘Night Butterfly’ datang secara semula jadi.

    Kami nak beri highlight yang berbeza sedikit. Walaupun dia berhijab, dia ada vibes. Mungkin sesetengah individu anggap rekaan Fiziwoo nampak seksi. Tetapi kalau betul dengan cara stail, orang yang berhijab tetap akan nampak cantik kalau menggayakannya.

    Bila ada Ummi, kami cuba ubah persepsi masyarakat. Ummi dianggap sebagai kakak. Sebagai pereka fesyen, saya nak tengok cara dia bergaya. Lagipun, Fiziwoo rai semua orang tak kira bangsa dan warna kulit.

    Disoal sama ada Ummi bakal dilantik sebagai wajah Fiziwoo yang akan datang ataupun tidak, Khai secara ringkas menjawab mereka memandang ke hadapan mengenai perkara tersebut.

    Kalau dedah awal-awal nanti tak surprise. Lagipun tak tahu jadi ataupun tidak. Saya rasa biar benda itu menjadi sesuatu yang kami pandang ke hadapan.

    Jenama Fiziwoo ini untuk semua. Bukan untuk komuniti Melayu sahaja. Komuniti Cina pun beri sokongan kepada kami. Kami akan bekerjasama dengan ramai orang selepas ini. Ummi Nazeera ibarat ‘sneak peek’ apa yang boleh kami kongsikan setakat ini.

    ALSO READ:  ‘Leha’ Angkat Kisah Pengawal Keselamatan Jadi Hero Banteras Kes Jenayah

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts