Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTampil Lebih Yakin Dan Penuh Gaya, Shopee Perkenalkan #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit

    Tampil Lebih Yakin Dan Penuh Gaya, Shopee Perkenalkan #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebut je platform shopping online, mesti nama Shopee antara terawal terlintas di fikiran korang. Min pun sama!

    Baru-baru ni, Shopee baru je perkenalkan #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit di mana korang boleh dapatkan koleksi pakaian wanita yang dihasilkan khas buat karakter dan style korang!

    Koleksi ini diperkenalkan dalam mengekspresikan diri para wanita dengan menawarkan tiga tema berbeza iaitu Warna Lit Lit, Every Body Cantik dan Girl Boss.

    #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Shopee Malaysia (Shopee Mobile Malaysia Sdn. Bhd.) (@shopee_my)

    Untuk pengetahuan, #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit merupakan inisiatif terbaru Shopee dalam mengetengahkan pakaian asas para wanita yang bersesuaian dengan pelbagai jenis bentuk badan, warna kulit dan juga kerjaya seseorang.

    Dipadankan oleh fashion stylist Shopee, koleksi ini memperkasakan para wanita untuk tampil lebih yakin dalam dalam mencerminkan style mereka.

    Nak tahu apa yang lagi best? Koleksi 7.7 #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit ini berjaya menggabungkan jenama-jenama popular di Malaysia seperti Ariana Exclusive, Desince, Garden Store, Hany Shop, Indah Pesona, Le’Fonse, Lovito Muslim, Lovito, Marvelry, Muslimin dan Muslimah, dan Syifa Exclusive.

    Dalam erti kata lain, jenama-jenama ini sedia menawarkan pelbagai pakaian yang memenuhi kehendak dan penggayaan para wanita di Malaysia.

    Oh ya, setiap pakaian yang ditawarkan hadir dengan harga yang berpatutan. Bolehlah korang shopping sambil support peniaga fesyen tempatan menerusi Shopee!

    Warna Lit Lit: Berani dan menarik perhatian

    Sesuai dengan temanya, ‘Warna Lit Lit’ dikhususkan buat wanita yang berani, sentiasa bersemangat serta mahu tampil berbeza dan unik.

    Gabungan warna yang menonjol seolah membuatkan para wanita ini tampil lebih yakin dalam menjalani tugas harian.

    ALSO READ:  Dituduh Ambil Barang Terlarang, Sarah Yasmine Sedia Buat Ujian Air Kencing – ‘Jangan Plot Twist Dia, Orang Lain Yang Terkena’

    Buat korang yang in love dengan gaya seperti ini, korang boleh cuba gayakan t-shirt oversized dari Le’Fonse dan skirt dari Desince, Indah Pesona atau Syifa Exclusive sebagai asas gaya santai namun masih mampu menarik perhatian ramai.

    Dalam menaikkan seri dan permainan warna dalam penggayaan, korang boleh juga dapatkan jaket berwarna neutral dari Lovito.

    Mengulas mengenai aksesori, korang boleh dapatkan selendang dari Hany Shop manakala gelang wanik berwarna-warni dalam menceriakan pengayaan anda boleh didapatkan dari Marvelry.

    Padankan juga fesyen korang dengan mendapatkan beg mini dari Garden Store. Pastinya korang akan tampil menyerlah gaya fesyen ‘Warna Lit Lit’!

    Every Body Cantik: Gaya Tanpa Had

    Memiliki saiz badan yang berbeza daripada kebiasaan bukanlah halangan untuk para wanita tampil bergaya.

    Malah, #ShopeeHaul meraikan setiap jenis bentuk badan para wanita menerusi ‘Every Body Cantik’ dalam membolehkan para wanita yang mengekspresikan gaya fesyen mereka untuk tampil lebih yakin.

    Menerusi koleksi dress maxi dari Lovito Muslim, dress ini hadir dengan reka bentuk pakaian yang estetik serta warna yang pelbagai tanpa mengabaikan saiz pemakai. Korang juga boleh padankan bersama tali pinggang dalam menyerlahkan lagi pakaian yang digayakan.

    Perhiasan dari Marvelry menyerikan lagi diri korang dan padankan juga bersama tudung bawal dari Muslimin dan Muslimah.

    Menggabungkan pakaian anda dengan kasut but bakal membuatkan korang tampil lebih selesa dan bergaya sepanjang hari.

    Girl Boss: Wanita Perkasa

    Wanita moden sememangnya memiliki keyakinan diri dan semangat yang tinggi.

    Pada kali ini fashion stylist memilih gaya smart casual khas buat wanita yang kuat dan berdikari. Sesuai sangat dengan peribadi ‘Girl Boss’.

    Untuk pengetahuan korang, seluar dan kemeja berbutang ini merupakan dari Lovito Muslim manakala jaket yang tampak casual ini merupakan dari Lovito.

    ALSO READ:  Beto Kusyairy Mula Kurang Lakon Babak Aksi, Syukur Koreografi Filem Gayong Masih Mudah – ‘Saya Ada Dua Tempat Slip Disc’

    Wanita yang berhijab pula boleh dapatkan tudung penuh gaya dari Ariana Exclusive. Penawaran aksesori dan warna yang pelbagai pastinya memudahkan korang untuk memadankan tudung bersama pakaian yang digayakan.

    Lengkapkan juga penampilan korang dengan memakai kasut but atau kasut tumit tinggi dalam menyerlah keyakinan. Kasut sukan pula boleh dijadikan pilihan bersesuaian dengan trend masa kini dalam memastikan kaki korang selesa sepanjang bertugas seharian.

    Pertambahan beg pula dilihat sebagai aksesori dalam mencermin fokus korang di samping membawa segala barangan keperluan harian korang.

    Ditawarkan bersama Jaminan Tepat Waktu

    Illustrasi hanyalah sekadar contoh sahaja

    Dalam usaha untuk tambah-baik pengalaman membeli-belah rakyat Malaysia, Shopee telah menawarkan Jaminan Tepat Waktu untuk penghantaran tepat waktu (termasuk pilihan penghantaran hari esok dan penghantaran segera)

    Bukan itu sahaja, menerusi polisi pemulangan “Ubah Fikiran (Change of Mind)” membolehkan pemulangan item dapat dibuat dalam tempoh 15 Hari secara percuma dan tanpa soal* bagi memastikan pengguna dapat membeli-belah dengan yakin sambil membina gaya sopan yang memenuhi citarasa.

    Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda shopping dengan penuh jimat dan tampil bergaya dengan seleksi pakaian terbaru!

    Ketahui lebih lanjut mengenai #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit dan beli-belah RM1 Tawaran Fesyen Super Seringgit pada 7.7 Jualan Fesyen Mega dengan klik di SINI.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts