Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTampilkan Abang POV Sebagai Pelakon, Teater ‘Andak Bertandak’ Temui Peminat 29 Ogos...

    Tampilkan Abang POV Sebagai Pelakon, Teater ‘Andak Bertandak’ Temui Peminat 29 Ogos Hingga 1 September Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Syarikat produksi terkenal, Mask Team akan melakar satu lagi sejarah apabila bakal mementaskan satu persembahan teater yang bertajuk ‘Andak Bertandak’ pada 29 Ogos hingga 1 September ini.

    Himpunkan lapan pelakon popular!

    Bertempat di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), teater ‘Andak Bertandak’ ini bakal menghimpunkan lapan pelakon popular tanah air yang terdiri daripada Azhan Rani, Ellie Suriaty, Riena Diana, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.

    Menurut penerbit teater ini, Juan Aziz menjanjikan bahawa teater yang julung kali diadakan ini pastinya akan menggeletek hati penonton dengan gabungan pelakon lama dan baharu.

    Selepas kejayaan teater Maduku Kalut yang berjaya mencipta pengikut tersendiri dengan tiga edisi sejak kali pertama dipentaskan pada tahun 2013, pihak kami ingin mencabar diri untuk memperkenalkan satu lagi jenama baharu di bawah syarikat produksi Mask Team.

    Teater Andak Bertandak tidak pernah dipentaskan di mana-mana lokasi sebelum ini. Jadi kami ingin mengambil peluang ini dan menghimpunkan penggiat seni baharu dan lama di atas satu pentas.

    Lebih membanggakan teater ini menampilkan dua figura hebat yang dikenali ramai iaitu Azhan dan Ellie. Kami percaya gandingan ini akan memecahkan suasana dewan dan memberi kepuasan maksima kepada penonton yang hadir.

    Dalam pada itu, Juan menitipkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang sudi menjalin kerjasama bersama Mask Team untuk menjayakan teater ini.

    Kerjasama yang dijalankan ini memberi peluang kepada kami untuk berkongsi idea kreatif dan kritis serta penyediaan ruang kepada pelajar-pelajar Aswara khususnya kepada pelajar di Fakulti Teater untuk merasai pengalaman yang sebenar dalam sesebuah produksi teater.

    Pihak kami optimis untuk membantu pelajar Aswara supaya mereka menyimpan keinginan untuk mementaskan teater yang berskala besar satu hari nanti.

    Kami ingin pentas teater ini terus ‘dihidupkan’ dengan sentuhan pelapis muda yang sudah pasti mempunyai idea luar kotak dan ‘fresh’.

    Buat para peminat teater, apa tunggu lagi! Jangan lupa saksikan teater Andak Bertandak bertempat di KLPAC pada 29 Ogos hingga 1 September ini.

    ALSO READ:  Leona Nak Kahwin Tahun Depan, Pilih Calon Suami Lebih Matang – ‘Gigi Teratur, Muka Tak Kacak Sangat’

    Anda boleh dapatkan tiket dengan harga bermula RM65, RM95, RM125, dan RM155 yang dijual secara atas talian di www.cloudjoi.com.

    Sekadar info, teater ‘Andak Bertandak’ mengisahkan kehidupan keluarga Andak serta masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab yang munasabah.

    Teater yang mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kekeluargaan ini akan disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan dan dekat dengan penonton.

    Biarpun bergenre ‘farce comedy’, teater ‘Andak Bertandak’ ini diharapkan mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton yang hadir.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts