Sekadar gambar hiasan
Kematian pastinya suatu berita yang menyedihkan terutama di kalangan ahli keluarga.
Namun, lain pula kali ini apabila adik beradik mementingkan harta sejurus kematian arwah.
Tuntut harta
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, anak kepada arwah enggan melepaskan rumah ayahnya setelah diminta untuk faraid.
Tiada faraid. Sebab saya dah beli rumah ini dari ayah. Nama saya seorang sahaja dalam geran ini.
Dalam pada itu, individu terbabit menitip pesan agar merancang harta secara awal.
Itu la realitinya. Bila meninggal saja seseorang itu, harta akan jadi rebutan. Jadi bijak. Rancang harta anda.
Netizen berang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rate netizen berang dengan sikap adik beradik arwah yang melulu minta bahagian dalam harta peninggalan.