Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTanda Menghormati Perang Antara Palestin-Israel, Anugerah MTV Sah Dibatalkan

    Tanda Menghormati Perang Antara Palestin-Israel, Anugerah MTV Sah Dibatalkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Anugerah muzik ternama, MTV EMA 2023 yang dijadualkan berlangsung di Paris pada bulan depan telah dibatalkan.

    via Hollywod Reporter
    Menurut Astro Awani, penganjur anugerah berkata, pembatalan itu bertujuan menghormati situasi semasa perang yang sedang berlaku antara Gaza dan Israel.

    MTV menyatakan dalam satu kenyataan, ketidaktentuan situasi tersebut menyebabkan perayaan muzik di anugerah itu bukanlah masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

    Mereka juga menyatakan bahawa perang di Gaza dan Israel telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan kini adalah masa untuk dunia berkabung dan menghormati situasi semasa.

    Akan Berlangsung pada November 2024

    via OTT Play
    Bagaimanapun, penganjuran semula anugerah tersebut dijadualkan berlangsung pada November 2024.

    Anugerah MTV EMA 2023 menampilkan barisan artis antarabangsa yang tercalon dalam kategori penghasilan video muzik terbaik sepanjang tahun.

    Antara calon kategori utama termasuklah, Taylor Swift, Olivia Rodrigo, Bad Bunny dan Foo Fighters.

    Taylor Swift telah mendahului pencalonan tahun ini dengan tujuh pencalonan, termasuk bagi kategori artis terbaik, lagu terbaik dan video terbaik untuk lagu hitnya “Anti-Hero.”

    Calon lain yang turut tercalon termasuk Jung Kook, ahli bintang K-Pop BTS yang turut akan membuat persembahan di acara itu.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts