Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ini Respon Orang Ramai Selepas Mengeluarkan Wang Menerusi Akaun Fleksibel KWSP

    [Tanya Netizen] Ini Respon Orang Ramai Selepas Mengeluarkan Wang Menerusi Akaun Fleksibel KWSP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seperti ramai sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada bulan April lalu telah mengumumkan pengenalan Akaun Fleksibel di bawah Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP.

    Akaun Fleksibel ini merupakan penambahan baru dalam struktur KWSP serta membolehkan para pencarum menyimpan dana dengan lebih fleksibel dan juga memberi akses yang lebih mudah kepada pencarum untuk pengeluaran dana sehingga 31 Ogos 2024.

    Penstrukturan semula akaun KWSP

    http://www.kwsp.gov.my/account-restructuringhttp://www.kwsp.gov.my/account-restructuring

    Untuk pengetahuan korang, Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan simpanan persaraan ahli di samping memenuhi keperluan kitaran hidup semasa mereka.

    Menerusi inisiatif penstrukturan semula KWSP ini, caruman ahli akan diagihkan mengikut nisbah 75% Akaun Persaraan 15% Akaun Sejahtera dan 10% Akaun Fleksibel.

    Sebagai contoh, bagi baki Akaun Sejahtera yang lebih dari RM3,000, sebahagian akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel, sebahagian ke Akaun Persaraan, dan sebahagian akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera mengikut nisbah yang ditetapkan.

    Untuk memudahkan proses, KWSP juga memberi penjelasan bahawa permohonan pengeluaran Akaun Fleksibel tidak boleh dibatalkan selepas diluluskan, dan ahli boleh memohon melalui platform KWSP i-Akaun atau kaunter KWSP.

    Dengan pelaksanaan penstrukturan semula ini, KWSP berharap dapat memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada ahli dalam pengurusan simpanan mereka sambil mengekalkan kestabilan dan keberkesanan polisi dividen semasa.

    Sudahkah korang memohon untuk membuat pengeluaran wang menerusi Akaun Fleksibel? Ayuh tanya netizen Malaysia ni, adakah keputusan mengeluarkan wang simpanan mereka menerusi Akaun Fleksibel dapat memenuhi keperluan harian mereka sekarang ini?

    “Terus mohon untuk langsaikan pinjaman pembelajaran”

    Sejurus sahaja KWSP mengumumkan pembukaan bagi para pencarum memohon Akaun Fleksibel, saya memilih untuk membuat permohonan pengeluaran wang sebanyak RM3,000 bagi tujuan untuk melunaskan bayaran pinjaman pembelajaran kepada pihak MARA- Mimie, 28 Tahun.

    ALSO READ:  Seminggu Hilang, Mayat Ketua Daerah Ditemui Tergantung Pada Pokok

    “Hanya keluarkan setakat yang diperlukan untuk menampung komitmen”

    Berdepan dengan komitmen kehidupan yang tinggi  pada ketika ini, saya berpendapat pengeluaran Akaun Fleksibel sangat membantu. Walau bagaimanapun, saya memilih untuk mengeluarkan wang berdasarkan jumlah yang diperlukan berbanding pengeluaran maksimum yang dibolehkan.- Amzar, 29 tahun.

    “Perniagaan semakin baik selepas membuat suntikan modal menerusi pengeluaran Akaun Fleksibel”

    Sebagai seorang yang pernah menerima caruman KWSP dan kini menjalankan perniagaan sendiri, saya memilih untuk membuat pengeluaran Akaun Fleksibel sebagai modal bagi perniagaan yang dijalankan. Pengeluaran Akaun Fleksibel ini bukan sahaja memberi akses kepada saya untuk menstruktur kewangan dengan lebih baik, malah mampu memberi pulangan yang lebih menerusi perniagaan yang dijalankan-Asyikin, 28 tahun.

    “Mahu keluarkan wang Akaun Fleksibel untuk dilaburkan pada instrumen pelaburan yang lain”

    Berbaki sebulan sahaja lagi sebelum tarikh tutup permohonan, saya bercadang untuk membuat pengeluaran menerusi Akaun Fleksibel. Saya berpendapat wang yang dikeluarkan boleh dilaburkan ke instrumen yang mampu menawarkan pulangan dividen yang lebih tinggi- Fatin, 36 tahun.

    Pelbagai respon dan pendapat yang dikongsikan oleh netizen di Malaysia mengikut tahap kewangan masing-masing.

    Buat korang yang bercadang untuk membuat pengeluaran Akaun Fleksibel dinasihatkan untuk mengguna wang yang akan dikeluarkan bagi tujuan yang penting sahaja seperti melangsaikan hutang dengan jumlah faedah yang tinggi atau komitmen keperluan.

    Perbelanjaan wang dari hasil pengeluaran Akaun Fleksibel perlu diuruskan dengan bijak dan berbelanja mengikut kemampuan, bukan mengikut kehendak jika tidak penting, mungkin akan memberi kesan kepada jumlah caruman korang apabila bersara kelak.

    Permohonan Pindahan Amaun Permulaan ke Akaun Fleksibel boleh dibuat sehingga 31 Ogos 2024 ini sahaja

    http://www.kwsp.gov.my/account-restructuringhttp://www.kwsp.gov.my/account-restructuring

    Buat korang yang bercadang untuk memindahkan sebahagian wang caruman daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel, korang masih berpeluang untuk membuat permohonan sehingga 31 Ogos 2024 ini.

    ALSO READ:  Ringgit & Ekonomi Malaysia Makin Kukuh! Apa Rahsianya? Meh Kami Bongkar!

    Ketahui lebih lanjut mengenai penstrukturan semula akaun KWSP dengan klik di SINI atau muat turun aplikasi KWSP i-Akaun yang tersedia di App Store dan juga Google Play.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts